Quantcast
Channel: Muhammad Shahril
Viewing all articles
Browse latest Browse all 656
↧

Siaran Langsung Final Badminton Piala Sudirman China VS Jepun - 17 Mei 2015 Di Astro

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Siaran Langsung Final Badminton Piala Sudirman China VS Jepun - 17 Mei 2015 Di Astro | CHINA BURU GELARAN KE-10


Keputusan semasa : China 0-0 Jepun

China menepati ramalan layak ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2015. Selaku tuan rumah, China bakal memburu gelaran ke-10 dan ke-6 berturut dalam sejarah. Mereka melepasi halangan dengan mengetepikan cabaran pasukan Germany dan Indonesia. Lawan mereka difinal nanti merupakan pasukan Jepun yang menunjukkan peningkatan sejak menjuarai Piala Thomas 2014.



China ketika itu diaibkan Jepun dalam saingan separuh akhir dengan keputusan 3-0. Walaupun Piala Thomas hanya melibatkan pemain lelaki dan berbeza dengan format berpasukan Piala Sudirman, sudah pasti luka tersebut masih dirasai. Pentas petang ini bakal menjadi medan bagi China untuk mempamerkan kekuatan sebenar.



Jepun mengejutkan Korea Selatan yang menjadi naib juara dalam edisi sebelum ini. Perlawanan yang berlangsung lebih 4 jam itu berakhir dengan keputusan 3-2 memihak kepada negara matahari terbit itu. Jepun mungkin bukan pasukan pilihan kerana mereka buat pertama kali layak ke perlawanan akhirPiala Sudirman. Namun China harus berhati-hati dan memberi sepenuh tumpuan supaya trofi Piala Sudirman kekal menjadi milik mereka.



Siaran Langsung Perlawanan Akhir Piala Sudirman 2015

China vs Japan

17 Mei 2015 (Ahad)

2.00 pm waktu Malaysia

Live @ Astro Supersport 4 (817) Astro Arena (801)

Visual Live Score [Click here]
↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 656

Latest Images

Trending Articles