Quantcast
Channel: Muhammad Shahril
Viewing all 656 articles
Browse latest View live

11 Info Menarik Mengenai Kumpulan ZERO, Juara Maharaja Lawak Mega 2014

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Selepas tiga belas minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) jadi milik kumpulan Zero apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini. 

Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 serta trofi sumbangan Astro. Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Sepahtu yang disertai oleh Jep dan Shuib. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi. 

Sementara itu peserta solo, Nabil mendapat tempat ketiga dan beliau menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi. Jep Sepahtu pula memenangi kategori Man of the Match. 

Kumpulan Shiro menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala Bocey berada di tempat kelima. Bocey mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi. 

Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan muzikal. Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah. 

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM 2014 akhir itu terdiri daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Nur Fazura, Taufik Batisah dan Farah Quinn. -rotikaya

Dibawah ni 11 Info Menarik Mengenai Kumpulan ZERO, Juara Maharaja Lawak Mega 2014 

1. Mereka sudah ketiadaan bapa dan tanggungjawab ketua keluarga, dipikul 3 beradik ini

2. Pekerjaan mereka bertiga sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar

3. Arwah bapa mereka cacat penglihatan namun dapat membesarkan mereka – perkara ini sekaligus membakar semangat mereka untuk mengubah nasib keluarga

4. Syaiful berhenti belajar ketika Tingkatan Satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga

5. Ketiga beradik ini mahir dalam ilmu mempertahankan diri iaitu Silat Gerak Kilat sejak dari kecil – diajar oleh bapa mereka

6. Daripada silat itu juga, mereka handal melakukan aksi akrobatik

7. Mereka mengakui bergaduh ketika mengeluarkan idea untuk dipersembahkan di pentas MLM demi mendapatkan idea yang terbaik

8. Syaiful, Kadir, Kunal berasal daripada suku kaum Bajau Simunul

9. Nama kumpulan Zero itu dicerminkan melalui kehidupan mereka yang disifatkan serba kosong

10. Syaiful yang juga terkenal dengan nama gelaran Melati akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan Februari ini.

11. Mereka mahu gunakan wang kemenangan untuk bawa orang tua menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.

SUMBER : kamithemedia.blogspot.com 

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

MLM 2014: Sepahtu Nafi Beri Kemenangan Mudah Kepada Zero

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang berakhir pada Jumaat lalu menyaksikan Zero muncul juara manakala Sepahtu yang menjadi pilihan ramai hanya berada di tempat kedua. Rasa-rasanya ramai yang mengharapkan Sepahtu yang akan muncul juara kan?
Mungkin rezeki tahun ini memihak kepada kumpulan Zero memandangkan persembahan Zero pada malam final lalu benar-benar berjaya menarik perhatian ramai termasuk para juri. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Zero.
Disebalik kemenangan Zero, ada yang beranggapan kumpulan Sepahtu seolah-olah memberi peluang yang mudah bagi merangkul gelaran juara tersebut. Bagaimanapun, Shuib menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu Sepahtu sudah cuba memberi persembahan yang terbaik pada malam itu.
Mereka turut beranggapan kumpulan Zero sememangnya layak untuk bergelar juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014). Kumpulan Sepahtu yang dianggotai Jep dan Shuib mengakui persembahan kedua mereka kurang menarik disebabkan kekurangan idea. Hmmm bukan senang kan nak cari idea untuk hiburkan peminat tambah-tambah dah berminggu-minggu memerah otak untuk tidak mengecewakan harapan peminat-peminat yang menantikan lawak daripada kumpulan itu.
MLM 2014: Sepahtu Nafi Beri Kemenangan Mudah Kepada Zero
Peserta akhir Maharaja Lawak Mega 2014
“Walau pun kami memang mahu Zero menang tetapi tidak bermakna kami tidak bertarung dalam pertandingan itu.
“Seperti setiap minggu juga kadang kala ada idea dan kadang-kadang tidak. Saya akui ada beberapa minggu yang kami langsung tiada idea untuk dipersembahkan.
“Ada juga rasa sudah putus asa untuk meneruskan pertandingan ini, namun bila fikir balik perasaan penyokong kami yang tidak pernah penat membuatkan kami bersemangat,” ujarnya.
MLM 2014: Sepahtu Nafi Beri Kemenangan Mudah Kepada Zero
Jep Shuib dari Kumpulan Sepahtu
Dalam pada itu, Shuib memberitahu isu “Tarik Diri Daripada Sepahtu, Ilya Buang Enggan Jadi Beban” sebenarnya berpunca daripada masalah kesihatan Ilya Buang yang memang teruk. Tidak sampai untuk melihat teman seperjuangan sendiri menderita bertarung dengan penyakitnya, Shuib dan Jep merelakan keputusan ilya untuk menarik diri.
“Dia ada kencing manis yang agak teruk dan ketika itu juga ada bisul sehingga membuatkan dia lemah. Kami tidak sampai hati melihat dia terlalu banyak bergerak dan memburukkan lagi kesihatannya.
“Ada satu minggu itu, dia berlari untuk menyuntik insulin selepas persembahan berakhir. Ia memang membimbangkan kami,” katanya.
Pape pun kami di sini ingin mengucapkan jutaan tahniah serta terima kasih kepada para peserta dan juri yang sama-sama menjayakan Maharaja Lawak Mega 2014. Jumpa lagi di musim yang akan datang! Peace Yaw! Jom intai video lawak berdurasi 15 minit dari kumpulan Zero!
MLM 2014: Sepahtu Nafi Beri Kemenangan Mudah Kepada Zero
Barisan juri pada malam Maharaja Lawak Mega 2014

SUMBER - GOSIP MALAYSIA

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Foto penampilan baru Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memeranjatkan

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Jika minggu lepas pasangan suami isteri Aeril Zafrel dan Wawa Zainal melangsungkan Majlis Persandingan yang sangat meriah, malah majlis tersebut di hadiri ramai peminat mereka.
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kembali mencuri tumpuan dengan penampilan baru yang pasti sangat mengejutkan orang ramai dan juga peminatnya.
Mesti anda juga turut terpegun dan tidak menyangka perubahan mereka ini. Apa lagi jom saksikan gambar perubahan mengejutkan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang sempat di kongsikan untuk tatapan semua peminat beliau.
sumber : http://plbgaimacam.blogspot.com/

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Maksud Pecak lele yang disebut oleh Ajak Shiro

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Dalam Maharaja Lawak Mega 2014 dan disaat persembahan kedua dari kumpulan Shiro, Ajak telah menyebut "pecel lele" pada Farah Quinn ketika jalan ceritanya berkisarkan mengenai percutian di Pulau Tioman.

Namun apa maksud "pecel lele" itu ?. Pecak lele (atau lebih dikenali pecel lele) diIndonesia adalah nama sebuah makanan khas Jawa Tengah yang terdiridaripada ikan keli dan sambal (rempah) pecak. Biasanya yang dimaksudkanadalah ikan keli yang digoreng kering dengan minyak lalu disajikan dengansambal tomato dan sayur ulam. Sayur ulam biasa terdiri dari kemangi, kubis,timun, dan kacang panjang.

Pecak lele adalah sebuah makanan yang murah dan meriahMakanan ini sangatdigemari di Pulau Jawa sebagai alternatif masakan ayamterutama ayam goreng.Di beberapa kawasan mempunyai gelaran yang berbeza-beza, di jemberbiasanya disebut pecek lelemalang menyebutnya lalapan lele

SUMBER - PINGJE

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

SEPAHTU Nafi Sengaja Bagi Laluan Mudah Kepada ZERO

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Kumpulan Sepahtu memberitahu mereka tidak pernah memberi laluan dan peluang kepada kumpulan-kumpulan lain untuk merangkul gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) dengan mudah. 

Ahlinya, Shuib berkata, mereka tetap memberikan persembahan sehabis baik bagi memberi cabaran kepada pertandingan tersebut. 

"Kami buat persembahan sehabis baik dan tidak pernah ada niat buat sambil lewa dan beri laluan kepada kumpulan lain untuk menang. 

"Kemenangan Zero bukan kerana bantuan kami tetapi mereka sememangnya layak untuk mendapat gelaran tersebut," ujarnya. 

Shuib berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan mereka dilihat sengaja memberi laluan mudah kepada kumpulan Zero untuk memenangi pertandingan tersebut. 

Sepahtu dianggotai oleh Shuip dan Jep menduduki tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM250,000 beserta trofi sumbangan Astro. 

Jelasnya, persembahan kedua yang dikatakan kurang memberangsangkan itu juga disebabkan kekurangan idea yang baik untuk menarik perhatian juri dan penonton. 

"Walau pun kami memang mahu Zero menang tetapi tidak bermakna kami tidak bertarung dalam pertandingan itu. 

"Seperti setiap minggu juga kadang kala ada idea dan kadang-kadang tidak. Saya akui ada beberapa minggu yang kami langsung tiada idea untuk dipersembahkan. 

"Ada juga rasa sudah putus asa untuk meneruskan pertandingan ini, namun bila fikir balik perasaan penyokong kami yang tidak pernah penat membuatkan kami bersemangat," ujarnya. 

Sementara itu, ditanya tentang pelawak Ilya Buang yang menarik diri pada pertengahan pertandingan berlangsung, Shuib berkata, ia adalah masalah kesihatan yang teruk. 

Katanya, mereka sendiri tidak sampai hati untuk melihat pelawak itu bertarung dengan penyakitnya ketika persembahan berlangsung. 

"Dia ada kencing manis yang agak teruk dan ketika itu juga ada bisul sehingga membuatkan dia lemah. Kami tidak sampai hati melihat dia terlalu banyak bergerak dan memburukkan lagi kesihatannya. 

"Ada satu minggu itu, dia berlari untuk menyuntik insulin selepas persembahan berakhir. Ia memang membimbangkan kami," katanya 

SUMBER : kamithemedia.blogspot.com 

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Blog Kedua : Shahril Network

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Okayy . shahril nak cakap yang shahril kan ade 3 blog, THIS IS FIRST BLOG , then Blog ke 2 ialah SHAHRIL NETWORK , dan blog ke 3 ialah Bicara seorang pemuda .

Okayy . arituu, shahril dah story kan blog ke 3 shahril kan ? blog ke 3 ialah blog coding2 shahril dan untuk join segmen atau GIVEAWAY .. Okayyy now ! Nak story blog yang ke 2 pulak !

Blog ke 2  ni lebih kepada info2, dan kisah hidup shahril .. So, sape2 yang nak tau REAL LIFE shahril macam manew, bolehh la jenguk2 dekat situ !

Nak ke blog tuu, boleh ke link ni !!

Okayyy . thats all. thanks for read . Assalamualaikum! Peace yoo^^

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

FIRST GIVEAWAY MAWAR PUTIH

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Memang Kami Susah Tapi Bukan Alasan Minta Simpati Orang - ZERO

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

SMS NEWS PORTAL
Salah seorang anggota kumpulan Zero, Sharif menegaskan kisah kesusahan yang dilalui bukan taruhan untuk memancing juri dan pengun­di sehingga berjaya dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014.

Menurutnya, kemenangan itu adalah rezeki yang mereka sendiri tidak sangka.
“Memang kami susah. Tetapi, semua itu bukan alasan untuk kami meminta simpati orang.
“Sebelum ini kami hanya be­kerja sebagai nelayan dan buruh kasar. Kesusahan itu membuatkan kami cuba untuk mengubahnya. Tidak sangka, peluang memasuki program Raja Lawak sebelum ini menonjolkan bakat seni yang kami ada. Di situ, kami mula sedar hidup semakin bersinar,” katanya.
Zero turut dianggotai Syaiful dan Atu yang merupakan tiga beradik berasal dari Sabah. Kehebatan mereka dengan lawak yang bertenaga semasa pentas akhir MLM 2014 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil membuahkan hasil dan membolehkan mereka membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi.
Berkongsi tentang duit kemenangan, Sharif memberitahu, akan menghantar ibu mereka untuk menunaikan haji di Mekah.
“Itu antara salah satu daripada tiga hajat kami jika peroleh kemenangan. Kami juga akan menggunakan duit ini untuk membuat rumah dan selebihnya akan digunakan untuk perkahwinan Syaiful.
“Syukur kami menang malam ini walaupun tidak mengharap. Tak kira nombor berapa atau ter­singkirnya kami daripada MLM, kami tetap akan menunaikan hajat untuk keluarga,” katanya.
Tahun lalu, Zero pernah me­nyertai MLM 2013 tetapi tersingkir pada minggu kelima.
Untuk MLM 2014, Zero berjaya menewaskan Sepahtu yang sekadar berpuas hati di tempat kedua, Nabil (ketiga), Shiro (keempat) dan Bocey di tempat kelima.

SUMBER - PINGJE

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

PEMINAT WANITA JELITA MINTA SIGN DI DADANYA SAMBIL DIPEGANG

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Yang menariknya pemain bolasepak tersebut telah diminta oleh peminatnya itu untuk menandatangani autograf di bahagian dadanya.

Mungkin di bahagian lain sudah penuh dengan tulisan.

Selain itu peminat wanita yang jelita itu sengaja membiarkan pemain tersebut menekapkan tangan kirinya supaya jersi tersebut dalam keadaan tegang dan tidak kendur.

Untung kan jadi pemain bola?

Tidak diketahui tarikh dan lokasi, gambar di atas menunjukkan seorang pemain bolaspek dipercayai pemain import Kelantan atau The Red Warriors (TRW) sedang menurunkan autograf kepada seorang wanita peminat pasukan itu.

Gambar berkenaan tersebar luas di laman Twitter dan mengundang pelbagai spekulasi dan ada antara mereka yang mengatakan itu adalah pemain import Kelantan.

Pada siapa pula agaknya diturunkan tandatangannya itu?

Ada juga cakap-cakap bahawa wanita itu adalah isterinya. Cuma penulis agak pelik kenapa perlu menandatangani autograf dalam keadaan begitu di depan orang ramai.

Apapun gambar ini sudah pun menjadi viral di internet dan bermacam-macam spekulasi telah timbul.

Jika betul pun, mungkin ada jawapan yang boleh diberikan atau penjelasan kepada para peminat Kelantan dan juga pengguna laman sosial di internet.

Kalau ada yang mengetahui berkenaan gambar di atas tu, boleh juga menulis berkenaannya di ruangan komen.

Tapi semuanya terlerai kerana yang sebenarnya peminat itu ialah isterinya .....

SUMBER - PINGJE

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Komen SEPAHTU berkenaan kemenangan ZERO di MLM2014

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Rancangan Maharaja Lawak Mega 2014 baru sahaja berakhir jumaat lalu dengan kumpulan Zero dinobatkan sebagai juara baru. Mereka membawa hadiah berupa RM500,000 beserta trofi. 

Manakala bekas juara MLM 2013, Sepahtu hanya mampu menduduki tempat kedua meskipun mereka diramal sekali lagi menjadi juara MLM edisi 2014. 

Susulan kemenangan mengejut kumpulan Zero itu, ramai masih terus ternanti-nanti apakah komen dan respon sebenar dari Jep Sepahtu. 

Umum mengetahui, kumpulan Zero telah berjaya menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) dan diikuti dengan kumpulan Sepahtu. 

Ahli kumpulan Sepahtu, Jep dan Shuib telah memberi sedikit komen mengenai hubungan mereka dengan kumpulan yang berasal dari Sabah itu. 

“Sebelum ini pun mereka ada berjumpa saya dan bercerita mengenai hasrat mereka sekiranya dinobatkan sebagai juara. 

"Bagi saya, kemenangan mereka adalah sesuatu yang tepat kerana ia adalah di saat mereka sangat memerlukan wang kemenangan tersebut. 

“Apapun, mereka memang layak bergelar juara kerana mampu memberikan persembahan terbaik setiap minggu," kata Jep Sepahtu. 

SUMBER : kamithemedia.blogspot.com 

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

1st GiveAway WanitaBesiBerbicara

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Kata-2 semangat :

Semoga hari lahir emma yang kali ni, akan menjadi kenangan terindah dalam hidup emma . Semoga menjadi anak dan isteri yang solehah . And then tak lupa juga yee, Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki . InsyaAllah . Amin :)

TARIKH TAMAT 22 MARCH 2015

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Kim Jong Kook Bakal Tinggalkan Running Man

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Sebut sahaja nama Kim Jong Kook pasti ramai terbayang akan keletahnya dalam Running Man. Terbaru penyanyi berbadan sasa itu meluahkan hasrat untuk meninggalkan Running Man kerana kerap cedera sepanjang rancangan tersebut.

Kim Jong Kook Bakal Tinggalkan Running Man, hiburan, sensasi, artis korea, running man

Habis siapa yang bakal menggantikan tempat Kim Jong Kook yang dikenali sebagai ‘Commander‘ ini?

Ketika ditanya menerusi program ‘Healing Camp’, Kim Jong Kook menjelaskan dirinya terfikir untuk meninggalkan rancangan tersebut dua tahun lalu kerana kerap cedera dan bergantung dengan bekalan ubat.

    Saya sering membawa bekalan ubat ketika berada di set penggambaran Running Man dan saya akui agak sukar untuk saya meneruskan penggambaran tanpa bantuan ‘athletes tape’ itu.

    Kerana sering tercedera saya pernah terfikir untuk menarik diri dari rancangan tersebut dua tahun yang lalu.

Akibat kerap cedera, Kim Jong Kook merasa bersalah terhadap rakan sepasukan. Iyalah rancangan tersebut memerlukan kecergasan untuk lari sana sini. Kalau tak fit, memang kena tapau la jawabnya.

    Perasaan bersalah sering menghantui diri saya kerana khuatir saya tidak dapat memberikan yang terbaik kepada ahli dan juga produksi Running Man.

Apa pun kami pasti Kim Jong Kook takkan tinggalkan rancangan tersebut berikutan sambutan luar biasa peminat seluruh dunia. Malah ada yang menonton Running Man semata-mata nak tengok Kim Jong Kook.

SUMBER : Astro Gempak

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Lee Kwang Soo Punca Bandar Vietnam Sesak!

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Siapa yang kipas-susah-mati rancangan popular Korea, ‘Running Man’ sudah tentu kenal dengan Lee Kwang Soo yang turut dikenali sebagai Giraffe di dalam rancangan tersebut. Tidak dinafikan popularitinya yang sangat luar biasa menyebabkan bandar Ho Chi Minh sesak ketika berkunjung ke Vietnam baru-baru ini.

Lee Kwang Soo Punca Bandar Vietnam Sesak!, info, terkini, hiburan, sensasi, Artis Korea, Lee Kwang Soo, Teraju Utama Running man

Peminat setia Lee Kwang Soo menyambut kedatangannya dengan penuh gembira dan meriah sekali dengan jumlah 2000 peminat yang hadir hanya untuk melihat sendiri selebriti kesayangan mereka. Wah betul-betul famous ni, walaupun sekejap, dorang sanggup datang.

Lee Kwang Soo Punca Bandar Vietnam Sesak!, info, terkini, hiburan, sensasi, Artis Korea, Lee Kwang Soo, Teraju Utama Running man
Suasana di Vietnam ketika kunjungan Lee Kwang Soo

Lee Kwang Soo Punca Bandar Vietnam Sesak!, info, terkini, hiburan, sensasi, Artis Korea, Lee Kwang Soo, Teraju Utama Running man

Menurut sumber, kedatangan Giraffe melibatkan lebih 100 anggota polis terpaksa bertugas menjaga keselamatan keadaan tambah-tambah lalu lintas di sana juga sesak teruk. Ternyata, sikapnya yang ramah dan mesra disenangi ramai peminat di sana malah di Malaysia juga. ‘Fanmeeting’ yang diadakan di Malaysia juga turut mendapat sambutan hangat oleh peminat-peminat.

Sumber : gosipmalaysia.com

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Giveaway 7 HARI by Syira Lokman

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Mula :10 Februari 2015
Tamat : 16 Februari 2015

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

CPUV Dari Nuffnang : Maggi Kari - Curry Festival

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

KLIK UNTUK TUMBESARAN

Alhamdulillah . Dapat CPUV dari nuffnang lagiii . Kali ni CPUV dari Maggi Kari - Curry Festival pulakk . erm erm . Macam sedap jee . hehehehe

Terima kasih lagi kepada syarikat nuffnang yang sentiasa dan tidak putus2 untuk memberi saya CPUV .. Tak lupa juga kepada readers2 yang tak putus2 untuk membaca entry dari blog saya .. 

Semoga CPUV akan bertambah dari semasa ke semasa . Jangan lupa klik iklan jugak yee .. hehehehe

Thanks for read . Thats all . Assalamualaikum ! Peace yoo^^

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Tomok bakal timang anak kedua dalam tempoh terdekat

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Bakal menimang cahaya mata kedua dalam masa terdekat, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail mengakui tidak menerima tawaran persembahan di luar Kuala Lumpur bagi menemani isterinya, Rahayu Abbas. 

Tomok yang ditemui semalam ketika berlangsungnya majlis pelancaran lagu runut bunyi filem Isyarat Cinta berjudul Tak Harus Memiliki di restoran Rebung, Bangsar, menjelaskan pada saat ini dia perlu bersedia apa saja kemungkinan dan sentiasa dekat dengan isteri. 

Jantina bakal anak keduanya juga lelaki. Tak lama lagi anak sulung Tomok, Arrianshah Akid yang kini berusia tiga tahun akan mendapat adik. 

"Saya khuatir isteri mungkin bersalin awal dari tarikh yang dijangka. Sebab itu saya hanya menerima tawaran kerja seni di sekitar ibu kota saja," katanya. 

Untuk menyambut kelahiran anak kedua ini, Tomok dan isteri tidak terlalu beriya-iya membuat persiapan dan lebih mengamalkan konsep berjimat cermat. 

"Kami hanya membeli barangan yang penting saja. Lagipun masih boleh menggunakan barang milik Arrian yang masih elok untuk dipakai," katanya. 

SUMBER: kamithemedia.blogspot.com 

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Jep SEPAHTU tolak jawatan residen Artis Stesen TV

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Pelawak Jep (Sepahtu) pernah menolak tawaran lumayan daripada sebuah stesen televisyen yang ingin mengambilnya sebagai artis eksklusif kerana tidak terpedaya dengan wang. 

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 30, berkata, ia adalah kerana matlamatnya dalam industri seni tanah air bukan kerana wang semata-mata. 

"Saya pernah ditawarkan oleh sebuah stesen televisyen dengan nilai yang sangat lumayan tahun lalu tetapi saya tidak tandatangan pun perjanjian itu. 

"Keutamaan saya bukan duit dan saya lebih selesa buat perkara yang saya minat sahaja bukan apa yang orang lain minat. Dengan penolakan tawaran itu mungkin ia beri rezeki pada orang lain pula," ujarnya kepada mStar Online. 

Tambah Jep, dia kini sudah mampu hidup selesa bersama keluarga. 

Jep berkata, dia tidak boleh untuk hidup dalam tekanan terutamanya apabila timbul terlalu banyak berita buruk yang mengaitkan dirinya. 

"Hidup saya simple, saya selalu berada di kampung saya di Kulai (Johor) dan kalau ada kerja sahaja saya berada di Puchong, itu pun saya hanya berada di rumah sahaja. 

"Kawan betul-betul rapat dengan saya pun tak ramai hanya Shuib dan Angah (Raja Lawak) sahaja, yang lain-lain itu hanya kawan biasa," ujarnya. 

Dalam pada itu, ditanya tentang gosip buruk yang dikatakan datang daripada kalangan orang industri, Jep meminta agar mereka bersabar. 

Jelas Jep, sampai masanya dia akan berada di bawah tanpa perlu dijatuhkan dengan cara sebegitu. 

"Kalau ada yang cemburu dan buat cerita buruk tentang saya, saya nasihatkan agar mereka bersabar. Hidup ini macam roda dan saya akan turun sendiri, tidak perlu jolok-jolok saya," katanya. 

SUMBER: kamithemedia.blogspot.com 

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Saiful Apek Enggan Sertai MLM Untuk Jaga Reputasi

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

PETALING JAYA: Pelawak Saiful Apek memberitahu terpaksa menolak tawaran untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) semata-mata untuk menjaga kedudukannya sebagai pelawak senior di negara ini walaupun pertandingan itu menawarkan hadiah lumayan.

Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 46, berkata, tiada apa yang perlu dibuktikan jika memasuki pertandingan tersebut.

"Setiap tahun saya ditawarkan untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega, namun saya menolak kerana merasai ia sudah tidak penting buat saya. Sebelum ini saya sudah beberapa kali menjadi juri pertandingan Raja Lawak dan kenapa pula saya mahu jadi peserta?

Lagi pula tiada apa lagi hendak di buktikan di pentas tersebut kerana sebelum ini saya sudah memeggang gelaran Artis Komedi Popular selama enam tahun berturut-turut... cukuplah tu," ujarnya.

Saiful betkata demikian ketika diminta mengulas tentang pelawak-pelawak senior yang seangkatan dengannya menyertai pertandingan tersebut sebagai salah satu peluang mengembalikan semula nama di arena komedi tanah air.

Malah dikatakan, kumpulannya Senario juga bakal bersaing untuk musim yang akan datang.

Dalam pada itu, Saiful berkata, dia tidak melihat pentas pertandingan MLM sebagai kayu pengukur kualiti seseorang pelawak.

Katanya, MLM hanya sebuah pentas pertandingan untuk stesen televisyen Astro sahaja dan bukan tontonan seluruh rakyat Malaysia.

"Bagi saya untuk mengukur tahap kualiti seorang pelawak bukan di pentas MLM sahaja kerana ia hanya di pentas Astro dan ia bukan di pentas Malaysia.

"Orang yang melanggan Astro sahaja yang kenal pelawak tersebut, sebaliknya yang tiada stesen tersebut tidak mengenali mereka," ujarnya. 

Sementara itu, mengulas tentang perbezaan artis komedi sekarang dan dahulu, Saiful mengakui pelawak kini lebih dimanjakan dengan kemewahan wang ringgit berbanding dahulu.

Bagaimanapun, keadaan itu juga membuatkan jangka hayat seseorang pelawak yang dicipta di pentas program realiti itu tidak panjang.

"Sekarang sangat berbeza. Semasa dengan Senario dulu... kami habiskan masa berbulan-bulan untuk buat album hingga ada tujuh buah album dan konsert sendiri untuk dapat hidup selesa.

"Sekarang buat show lima minit sahaja dah boleh dapat RM500,000. Namun, apa yang saya lihat jika cepat mereka meraih populariti, maka cepat juga akan dilupai," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang kehidupannya kini, Saiful berkata, dia mengehadkan tawaran yang datang berikutan banyak meluangkan masa bersama keluarga.

Saiful juga memberitahu, dia kini giat melakukan kerja amal dengan memberi ceramah motivasi di sekolah-sekolah.

"Alhamdulillah, hidup saya kini lebih terurus dan memang saya mengehadkan aktiviti saya di televisyen. Tetapi saya banyak buat kerja-kerja di luar seperti jemputan di sekolah-sekolah.

"Mereka jemput saya supaya bagi ceramah tentang kehidupan dan kepentingan keluarga dari sudut pendidikan. Saya rasa puas melakukan perkara itu walaupun tidak dibayar," ujarnya.

Tambah Saiful, tiada apa lagi yang perlu dikejarkan dalam kehidupannya selain menghabiskan masa bersama keluarga dan masyarakat sekeliling. - mstar

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Aku VS Running Man

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog .. 

Hari ni shahril nak story tentang RUNNING MAN .

Memang mula2 tak dapat dinafikan lagi bahawa aku tak suka running man, then setelah dilihat dan dihayati betul2, memang lawak gilerr ahli2 running man ni ..

Termasuk Lee Kwang Soo, Haroro , Gary, SOng Ji Hyo , Kim Jong Kook, Jae Suk , Suk Jin ..

Dengan keletahnya yang suka tikam belakang sesama mereka .. hahahaha .

Jadi , sekarang ni aku tak terlepas pon dari menyaksikan citer niii . Mahupun di TV2 dan website dramacool ..

Korang pon cuba lahh tngok yaa .. Okayyy thats all .

Thanks for read . Assalamualaikum ! Peace yoo ^^

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Punca Jep Sepahtu tolak kontrak lumayan sebuah stesen TV

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Pelawak dan pelakon popular Jep Sepahtu mendedahkan dia menolak tawaran lumayan dari sebuah stesen televisyen untuk menjadi artis eksklusif.

BACA LEBIH LANJUT ! TEKAN SINI !

Punca Jep Sepahtu tolak kontrak lumayan sebuah stesen TV, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Jep Sepahtu

"Saya pernah ditawarkan oleh sebuah stesen televisyen dengan nilai yang sangat lumayan tahun lalu tetapi saya tidak tandatangan pun perjanjian itu.

"Keutamaan saya bukan duit dan saya lebih selesa buat perkara yang saya minat sahaja bukan apa yang orang lain minat. Dengan penolakan tawaran itu mungkin ia beri rezeki pada orang lain pula," katanya yang dipetik dari mStar.

Dalam pada itu, Jep berkata dia tidak boleh hidup dalam tekanan terutamanya apabila ada gosip yang membabitkan dirinya.

"Hidup saya 'simple', saya selalu berada di kampung saya di Kulai, Johor dan kalau ada kerja sahaja saya berada di Puchong. Itu pun hanya saya berada di rumah sahaja.

"Kawan betul-betul rapat dengan saya pun tak ramai hanya Shuib dan Angah (Raja Lawak) sahaja, yang lain itu hanya kawan biasa."