Quantcast
Channel: Muhammad Shahril
Viewing all 656 articles
Browse latest View live

Tegar Kini Kembali Mengemis Apabila Ditipu Oleh Pengurusnya

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Penyanyi remaja Indonesia Tegar, ditipu bekas pengurus dan kini kembali hidup susah sehingga menyebabkan ibunya kembali menjadi pengemis jalanan.

Menurut sumber yang juga bekas pegawai perhubungan awam syarikat rakaman naugan Tegar, penyanyi berusia 13 tahun itu kini hilang sumber pendapatan.

“Saya simpati dengan Tegar…Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi. Pasport tegar telah dibawa lari bekas pengurusnya ‘A’.

“Disebabkan itu Tegar tidak boleh ke mana-mana dan terpaksa menolak tawaran ‘show’ di Malaysia kerana tiada passport.

“Kasihan ibunya kini kembali mengemis kerana mereka tiada wang…Tidak sangka ‘A’ tergamak aniaya Tegar,” luahnya kepada Astro Gempak baru-baru ini.

Tambah sumber lagi, ‘A’ seorang warga Singapura merupakan bekas pengurus kedua Tegar yang kini dipercayai berada di Kuala Lumpur.

“Saya dapat tahu ‘A’ di sini. Dia biarkan Tegar terkontang-kanting selepas dia dah tipu budak tu…Banyak duit Tegar habis disebabkan dia.

“Ibu Tegar pernah beritahu kepada salah seorang ahli kelab peminat Tegar di Malaysia yang anaknya tidak mempunyai sebarang simpanan sejak bersama ‘A’.

“Tegar juga pernah beritahu kepada ibunya dia tiada wang kerana ‘A’ membelanjakan wangnya sesuka hati,” ujarnya.

Tambah sumber, kali terakhir Tegar kelihatan bersama ‘A’ ialah pada dua minggu lalu ketika dia menghantar  penyanyi tersebut pulang ke Indonesia.

“Dia hantar balik selepas sebulan ‘simpan’ Tegar di Malaysia tanpa kebenaran ibu dan syarikat rakaman di Jakarta.

“Sepanjang tempoh itu Tegar tidak dibenarkan menghubungi ibunya di kampung dan ‘A’ telah merampas telefon bimbit Tegar.

“Di Malaysia ‘A’ gunakan Tegar untuk kepentingan diri dia sendiri dan mencari populariti. Dia bawa Tegar menumpang rumah peserta-peserta program realiti lawak di Malaysia sambil menjaja cerita-cerita bohongnya.

“Kepada ‘A’, sudah-sudahlah menipu dan menganiaya orang lain...Pulangkan sahaja passport dan barangan peribadi berharga Tegar yang dilarikan sebelum tindakan diambil,” katanya mengakhiri perbualan.

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

LELAKI TERIMA RM44,802 DARI FACEBOOK ATAS TINDAKANNYA

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Minggu ini seorang penyelidik Laxman Muthiyah telah menjumpai satu bug yang membolehkan dia padam mana mana album gambar di Facebook.

Bug tersebut mensasarkan Graph API Facebook, membolehkan pengguna padam album gambar mereka dengan satu command.

Disebabkan kesilapan di pihak Facebook, command line itu mampu padam mana mana album dalam rangkaian selagi pengguna log masuk melalui API versi mobile.

Selepas beberapa troubleshooting Muthiyah menulis command di bawah sebagai request untuk memadamkan mana mana album dalam rangkaian.

Request :-DELETE /518171421550249 HTTP/1.1Host : graph.facebook.comContent-Length: 245access_token= facebook_for_android_access_token

Muthiyah melaporkan kelemahan ini kepada Facebook dan syarikat itu respon kepadanya selepas dua jam mengatakan bug tersebut sudah dibaiki dan menawarkan $12,500 kepadanya melalui program bounty bug Facebook. 

Bug sekecil ini mampu menjadi ancaman kepada Facebook dan sering dicari cari oleh penyerang. Namun, Muthiyah melalukan perkara sewajarnya dengan melaporkan bug ini dan mendapat reward.

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

3 GAMBAR PENAMPAKAN PONTIANAK DIRAKAM DI UITM NEGERI SEMBILAN

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

pontianak 1
3 GAMBAR PENAMPAKAN PONTIANAK DIRAKAM DI UITM NEGERI SEMBILAN | Mengerikan satu penampakan pontianak dirakam di UITM negeri sembilan menjadi bualan mulut pelajar disitu,setiap pelajar yang pernah tinggal di asrama pastinya mempunyai pengalaman mistik atau sekurang-kurangnya, mendengar kisah-kisah seram daripada senior….

Jarang ada yang dapat membuktikannya melainkan melalui cerita mulut sahaja, justeru gambar yang didakwa berjaya dirakam penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini sungguh mengemparkan….
Makhluk ini didakwa sebagai pontianak yang sedang berdiri di balkoni asrama!
Kejadian dikatakan berlaku Ahad lalu di sebuah cawangan IPTA tersebut yang terletak di Negeri Sembilan…

pontianak 1 (1)
Pun begitu, baik kiranya kami rahsiakan lokasi tepat asrama berkenaan kerana gusar boleh mencetuskan ketakutan dalam kalangan penuntut…
Gambar yang mula tersebar di laman sosial ini sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada ianya asli atau tidak….
Meskipun ada pihak menganggap kisah makhluk halus adalah tahyul, namun ramai juga beranggapan kewujudannya tidak boleh diketepikan…

Bagaimanapun harus diingat, manusia adalah sebaik-baik kejadian di muka bumi ini maka kita tidak seharusnya takutkan makhluk lain yang juga ciptaan Allah SWT….

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Punca sebenar Rosyam Nor terlibat kemalangan di Jalan UIAM

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Rosyam Nor satu nama yang tidak perlu di perkenalkan lagi dalam dunia hiburan tanah air, pelakon dan penerbit terlibat dalam kemalangan di Jalan Universiti berdekatan dengan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada malam Rabu.
Rosyam berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, kereta jenis Peugeot miliknya terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas hilang kawalan akibat hujan lebat.
“Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius berlaku dan tidak melibatkan kenderaan lain, cuma kemalangan kecil sahaja.
“Ketika kejadian kenderaan saya hilang kawalan ekoran hujan lebat sebelum melanggar pembahagi jalan,” katanya kepada mStar Online, Khamis.
Dalam pada itu Rosyam berkata, kereta miliknya itu mengalami kerosakan teruk namun bersyukur terselamat daripada sebarang kecederaan.
“Akibat hentaman kuat kereta tidak boleh bergerak kerana tayar pecah selain beberapa bahagian lain juga mengalami kerosakan,” katanya.
Sehubungan itu Rosyam berkata, satu laporan polis dibuat di balai polis berdekatan pada petang Khamis berhubung insiden itu.

sumber : pingje

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

PELAJAR JELITA 19 TAHUN JADI MANGSA POLIS

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Seorang pelajar perempuan berumur 19 tahun melalui detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan sahaja diperas ugut oleh dua orang pegawai polis, malah turut perlu membiarkan diri dinodai oleh pegawai tersebut.

Kejadian ini bermula apabila, dia dan teman lelakinya telah ditahan oleh dua orang pegawai polis ketika berasmara dan dibawa oleh pegawai tersebut ke balai dengan menaiki kereta polis tersebut. Ketika di dalam kereta, pegawai berkenaan menyuruh pelajar tersebut membayar sebanyak rm2000 untuk dilepaskan oleh mereka.

Setelah bersetuju untuk membayar rasuah tersebut, pelajar berkenaan dan teman lelakinya telah diturunkan di tepi jalan selepas maklumat tentang pelajar dan teman lelakinya diambil oleh pegawai tersebut. 

Selang beberapa hari, pelajar tersebut mendakwa telah dihubungi oleh salah seorang pegawai polis tadi dan mengambilnya di asrama sebelum membawa ke sebuah pusat beli belah. Ketika di dalam perjalanan, pelajar tersebut dipaksa untuk melakukan oral seks oleh pegawai polis tersebut. 

Di pusat beli belah, dia sekali lagi dipaksa merelakan diri untuk diperk0sa oleh pegawai tersebut di dalam tandas pusat beli belah tersebut. Dia sering kali diugut akan dibawa ke balai sekiranya tidak mengikuti apa jua arahan daripada pegawai tersebut.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak berakhir di situ, sehingga minggu lalu pegawai tersebut terus menghubunginya mengajak melakukan hubungan seks. Pelajar tersebut akhirnya membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim mengesahkan perkara tersebut. Beliau memaklumkan dua pegawai yang terbabit telah pun ditangkap dan siasatan kes akan dijalankan

SUMBER - PINGJE

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Neelofa dipeluk dicium siapa pula ni?

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

WOW! Neelofa dipeluk dicium siapa pula ni? beberapa keping gambar yang berlegar harini menunjukkan Neelofa dipeluk dicium didahi oleh seorang lelaki. 

Shahril pun tak pasti siapa, tapi husnudzon aje lah mana tahu ahli keluarga Neelofa barangkali, saudara ke? who knows rite? 

Gambar-gambar ini shahril petik dari blog sensasi.. gambar ni diambil bila pun entah lah..

Apapun tunggu aje lah jawapan dari Neelofa nanti okay! 

SUMBER: kamithemedia.blogspot.com 

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

ANAK KAPAL MAS DITAHAN KERANA PERANGAI TIDAK SENONOH

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengesahkan seorang anak kapalnya telah ditahan polis Perancis untuk disoal siasat atas dakwaan berperangai tidak senonoh terhadap seorang penumpang.
Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu menyatakan anak kapal itu telah ditahan apabila seorang penumpang Penerbangan MH20 dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos lepas, mendakwa seorang anak kapal MAS berkelakuan tidak senonoh.
"Oleh kerana Malaysia Airlines mengharapkan anak kapalnya sentiasa mempamerkan tingkah laku paling terpuji, maka kami memandang serius dakwaan ini.
"Sudah semestinya kami akan membantu pihak berkuasa Perancis dalam menjalankan siasatan mereka. Kami ingin menegaskan bahawa keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami,"

SUMBER - PINGJE
~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Gadis 14 Tahun Hampir Jadi Mangsa Jihad Seks

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Terdapat lebih 60 rakyat negara ini telah dikenal pasti menyertai kumpulan militan negara Islam (IS) di Syria dan dipercayai menjadi dalang mempengaruhi gadis-gadis Melayu untuk ‘berkhidmat’ dengan mereka di sana.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, mereka juga ditawarkan ganjaran wang serta peluang menghapuskan dosa-dosa silam sebagai tarikan.

Disebabkan itu kata beliau, kebanyakan gadis yang sanggup pergi ke Syria merupakan mereka yang mempunyai masalah peribadi dan keluarga.

“Bagi lelaki, mereka akan dibayar elaun sebanyak AS$200 sebulan serta turut dijanjikan dengan pelbagai kelebihan berjihad.

“Manakala gadis yang ingin pergi ke sana pula terpengaruh dengan janji akan mendapat pahala besar jika memberi ‘khidmat’ kepada pejuang jihad,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selasa lepas, seorang gadis berusia 14 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini kerana disyaki merancang menyertai kumpulan militan IS di Syria melalui Mesir.

Difahamkan, gadis yang terpengaruh dengan fahaman militan sejak November lalu itu, pernah menyatakan hasrat untuk ke Syria kepada keluarganya tetapi mendapat tentangan. Namun dia tetap berdegil untuk ke sana.

Menurut Ayub Khan, kegiatan merekrut gadis belasan tahun itu kini sudah menjadi trend kumpulan tersebut malah jumlahnya meningkat walaupun pihak polis telah melakukan banyak tangkapan.

Ujar beliau, dipercayai terdapat beberapa lagi gadis yang telah pun dipengaruhi dengan dakyah kumpulan terbabit serta sedang merancang untuk pergi ke sana.

Katanya, perkenalan mereka bermula di Facebook sebelum bertukar kepada medium lain yang lebih privasi bagi mengelakkan komunikasi mereka diketahui oleh orang lain.

“Gadis bermasalah ini biasanya akan cuba mencari jalan keluar, sebab itu apabila terjumpa dengan ahli kumpulan ini yang meyakinkan mereka dengan ayat-ayat al-Quran di Facebook, mereka cepat terpengaruh.

“Ini merupakan faktor tarikan untuk mereka pergi ke sana,” ujarnya.

Tambah Ayub Khan, gadis-gadis ini tidak hanya tertumpu kepada pelajar sekolah tahfiz atau aliran agama sahaja namun turut melibatkan pelajar sekolah biasa.

Katanya lagi, perbelanjaan gadis tersebut untuk ke sana juga dibiayai oleh pihak tertentu. - UM

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

'Bapuk Tua' : Jaafar Onn Harap Azwan Ali Insaf

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Pelakon Jaafar Onn meminta selebriti yang menghinanya dengan memanggil dia sebagai ‘bapuk tua’ agar insaf dengan perbuatan itu kerana ia mencerminkan kelemahan diri sendiri.

Jaafar, 64, berkata, dia sedikti pun tidak terkesan dengan hinaan berkenaan kerana sudah lali dengan pelbagai tohmahan sepanjang bergelar artis.

“Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu,” katanya memetik laporan mStar Online.

Jaafar berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan seorang personaliti hiburan popular mencercanya di laman Instagram dengan memanggil Jaafar sebagai bapuk tua selain meyamakannya dengan anjing.

Personaliti berkenaan dikatakan berbuat demikian selepas mengesyaki Jaafar telah melakukan perbuatan syirik dengan menyihirnya.

Kepada sebuah portal hiburan personaliti berkenaan bagaimanapun menafikan dia memuat naik status dan gambar Jaafar Onn sebaliknya mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu Jaafar berkata dia mengetahui mengenai status hinaan itu selepas dimaklumkan seseorang selain dihubungi ramai wartawan mengenai isu itu.

Kata Jaafar, dia sudah lama tidak berurusan dengan personaliti berkenaan dan terkejut bagaimana boleh timbul isu kononnya dia menyihir individu tersebut.

Jelasnya, tiada sebab dia hendak menyihir artis berkenaan kerana mereka tidak bersaing dan masing-masing tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

"Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu," katanya.

Tambah Jaafar lagi, dia berserah kepada Allah agar memberi petunjuk kepada personaliti tersebut supaya insaf dengan perbuatannya.

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Pelajar Perempuan Berusia 12 Tahun Mengaku Lebih 5 Kali Melakukan Hubungan Seks Dengan Kekasih Dalam Rumah Secara Sukarela

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Masyarakat di bandar Palembang, nampaknya perlu  berhati-hati ketika menjaga anaknya terutamanya  anaknya tersebut adalah seorang perempuan. Hal ini kerana kerap kali anak perempuan yang masih  di bangku sekolah, menjadi mangsa pencabulan dan rogol.

Hal inilah yang dilakukan oleh MS (16), seorang pelajar yang masih duduk di kelas II SMA Negeri. Ia ditahan oleh pihak polis, lantara ia telah menyetubuhi pasangannya, iaitu NS (12), lebih memeranjatkan lagi, NS ini masih belajar sekolah rendah

"Ya memang ia (NS) masih duduk dibangku SMP, namun badannya besar," katanya semasa disoalkan di Polresta Palembang,Menurut Teman Lelakinya Sebelum kejadian tersebut beliau membawa teman wanita ke rumahnya ketika itu tiada siapa dirumah tersebut sebelum mereka melakukan seks secara sukarela.

Menurut gadis yang berusia 12 tahun pula "Saya dan teman lelaki saya itu sudah setahun lebih menjalin hubungan. Pertama kali melakukan hubungan suami isteri itu pada Oktober 2014 lalu," katanya.Menurut muzar, dirinya kerapkali melakukan hubungan tersebut di kediaman teman lelakinya ketika ibu bapanya tak berada di rumah.

"Sudah 5 kali encik, kami melakukan hubungan seks  semasa di rumahnya sepi dimana orang tuanya sedang bekerja, tak ada paksaan," tambahnya.

Sementara itu, Kasat Reskrim Polresta Palembang membenarkan telah mengamankan MS. Polis terus melakukan pemeriksaan dan mengambil keterangan MS.

pihak polis menerima laporan dan berjanji menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya
 .

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Festival Perkosa Ribuan Anak Dara Di India Dengan Alasan Halau Roh Jahat

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Negara India dihebohkan dengan festival yang pelik,jijik yang dikenali sebagai Festival Assam.Festival ini dilakukan secara tahunan

Dinamakan festival Assam kerana diadakan di Assam,  Dikisahkan dalam festival ini para gadis berusia tujuh hingga 16 tahun yang belum berkahwin mempunyai peluang mencari perlindungan atau diperkosa selama festival berlangsung.

Seperti yang dilaporkan oleh National Report, Madhuban Ahluwalia yang mengepalai festival tahunan mengatakan kepada wartawan acara ini sangat penting. Menurutnya ini adalah tradisi lama di Assam yang berlangsung sejak ribuan tahun tahun lalu.

"Kami memperkosa roh jahat yang ada dalam diri para gadis. Jika tidak, mereka akan menipu kami dan kami akan dipaksa untuk membunuh mereka. Sehingga festival ini sangat penting bagi kampung ini, "kata Ahluwalia.

Berita semakin diburukkan lagi dengan penjelasan bahawa pemenang dalam festival ini adalah mereka yang  memperkosa wanita paling ramai. Dan dia berhak mendapatkan hadiah dan mendapat gelaran kehormatan 'The Baalkrishan'.

Seorang pemuda penduduk Assam bernama Harikrishna Majumdar mendedahkan telah melakukan latihan sepanjang tahun demi memenangi acara ini. "Saya akan mendapatkan sebahagian besar mangsa perkosaan tahun ini. Saya sudah berlatih sepanjang tahun, "katanya.

"Saya telah berlatih memperkosa adik saya dan rakan-rakannya setiap hari. Saya akan menjadi bintang nombor satu di festival ini dan saya pasti akan mendapatkan hadiah Baalkrishan tahun ini, "kata pemuda berusia 24 tahun tersebut.

Sementara itu seorang gadis Assam bernama Jaitashri Majumdar menceritakan dirinya tahun lalu sempat nyaris melewati festival tanpa menjadi mangsa rogol. "Apabila waktu hampir habis saya nyaris selamat. Saya hampir sampai ke zon perlindungan di pinggir bandar. "

"Tapi pada minit terakhir, sembilan pemuda menangkap dan memperkosa saya. Beruntung saya sekarang sudah sembuh. Sekarang saya boleh kembali berpartisipisi di acara tahun ini, atau kalau tidak saya akan dihukum mati dengan direjam. "

Cerita Satire

Berita ini menjadi viral seluruh  dunia. Banyak yang tidak percaya festival ini benar-benar ada di Assam India. Dan memang ternyata berita ini hanya rekaan dari penulis National Report, Paul Horner yang cuba menulis cerita satire atau sindiran terhadap merebaknya kes rogol di India.

Namun sebahagian besar pengguna internet sudah banyak yang terlanjur mempercayai berita palsu tentang rogol beramai-ramai ini. Tak pelak tulisan Festival Assam di National Report mendapat kritikan meluas dari India dan seluruh dunia.

Penduduk Assam yang merasa difitnah dan dicemarkan nama baik kampung mereka. Sebab, sejak diterbitkan pertama kali, artikel tentang festival Assam telah merebak di 212 ribu di Facebook dan 1,800 kali di Twitter.

Inilah yang mencetuskan kemarahan para pengguna internet. Selain marah kerana ini hanya artikel bohong, mereka juga menilai National Report tidak pantas membuat artikel satire bertemakan tentang isu rogol beramai-ramai yang tidak berperi kemanusiaan.

"Artikel penipuan dan sangat tidak beretika tentang festival yang benar-benar palsu ini. Ini adalah tindakan tidak terhormat dan mengabaikan sikap rendah hati dan tenteram warga kami, "bunyi kenyataan Ketua Kementerian di India yang disiarkan di Hindustan Times.

"Penjelasan dalam artikel tersebut sangat mengerikan dan berada dalam ranah iblis. Penulis artikel ini telah melakukan kejahatan keji yang tidak sesuai dengan sisi kemanusiaan, "bunyi kecaman lain seperti dilanri IBTimes.

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Caliph Buskers Rayu Adam Adli 'Jangan Ganggu Periuk Nasi Kami'

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

KUALA LUMPUR: Aktivis, Adam Adli dan penyokong perhimpunan 'Kita Lawan' diberi amaran supaya tidak menggangu lokasi buskers membuat persembahan di sekitar pusat beli-belah, Sogo dengan perhimpunan haram yang hanya membawa ketakutan kepada masyarakat.

Anggota Caliph Buskers, Fendy berkata, sebarang perhimpunan haram yang dicadang diharap dibatalkan segera demi kelangsungan rezeki pemuzik jalanan di kawasan berkenaan.

"Saya harap benda ini tidak berlanjutan. Bukan sahaja Caliph Buskers yang mencari rezeki di sana namun banyak lagi kumpulan buskers di sekitar Sogo. Orang ramai datang di sini bukan untuk melihat perhimpunan haram.

"Kenapa mereka hendak menyekat periuk nasi pemuzik jalanan dengan perhimpunan sedemikian? Kalau ia menimbulkan kontroversi dan mengganggu keamanan, apa guna ia dianjurkan?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Fendy mengulas perhimpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu yang diadakan di Sogo sebagai tanda solidariti untuk pembebasan Ketua Pembangkang itu.

Antara yang memberikan ucapan pada perhimpunan itu adalah anak Anwar, Nurul Nuha.

Pada perhimpunan itu, Nurul Nuha turut meminta orang ramai untuk sekali lagi berhimpun pada perhimpunan kemuncak bagi kempen ‘Kita Lawan' pada 7 Mac depan.

Adam Adli yang turut berucap pada perhimpunan berkenaan menyeru anak-anak muda untuk tidak takut dalam perjuangan mereka.

Dalam pada itu kata Fendy, masyarakat menjadikan kawasan sekitar SOGO selain Jalan Tuanku Abdul Rahman sebagai lokasi membeli-belah dan bukan berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap sesuatu isu.

"Janganlah ganggu tempat orang ramai ini dan buskers lain mencari rezeki dari pagi sehingga malam di sekitar lokasi. Jangan timbulkan kontroversi di tempat tumpuan awam.

"Tidak elok jika diadakan perhimpunan di sana. Orang hendak membeli-belah dan bergembira, bukan kecoh-kecoh seperti yang dilakukan mereka," jelasnya.

Caliph Buskers menjadi trending di media sosial setelah terlibat dalam persembahan bersama Mojo di Anugerah Juara Lagu 29.

Kehadiran kumpulan pemuzik jalanan tersebut yang terdiri daripada golongan insan istimewa cacat penglihatan telah mengejutkan banyak pihak dan mengundang pelbagai reaksi yang luar biasa daripada masyarakat. - AA

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Senarai Pemenang Anugerah Meletop Era 2015

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Senarai Pemenang Anugerah Meletop Era 2015

Fesyen Meletop Nur Fazura

Artis Baharu Meletop Ayda Jebat

Bintang Online Meletop Datuk Siti Nurhaliza

Couple Meletop  Scha Al-Yahya & Awal Ashaari

Program Radio Meletop JoHaRa Pagi Era

Penyampai Radio Meletop Johan

Grup Duo Meletop Akim & The Majistret

Penyanyi Meletop Datuk Siti Nurhaliza

Lagu Meletop Mewangi - Akim & The Majistret

Drama TV Meletop Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Program TV Meletop Maharaja Lawak Mega 2013

Hos TV MeletopDatuk AC Mizal

Artis Lawak Meletop Johan

Pelakon TV Meletop Zul Ariffin

Bintang Filem Meletop Nelydia Senrose

Filem Meletop Abang Long Fadil 

Artis WANITA top top meletop Ayda Jebat 
Artis LELAKI top top meletop Johan

Berikut adalah senarai penuh pencalonan AME 2015:

Drama TV Meletop
1) Bukan Kerana Aku Tak Cinta
2) Kerana Terpaksa Aku Relakan
3) Hantu Selfie
4) Aku dan Wali
5) Suamiku Encik Sotong

Artis Lawak Meletop
1) Zizan Razak
2) Jep Sepahtu
3) Johan
4) Abam Bocey
5) Jihan Muse

Hos TV Meletop
1) Datuk AC Mizal
2) Zizan Razak
3) Nabil Ahmad
4) Neelofa
5) Datuk Aznil Nawawi

Pelakon TV Meletop
1) Sharnaaz Ahmad
2) Zul Ariffin
3) Amar Baharin
4) Nelydia Senrose
5) Zizan Razak

Program TV Meletop
1) Maharaja Lawak Mega 2013
2) Konsert Akhir AF 2014
3) Anugerah MeleTOP Era 2014
4) Anugerah Juara Lagu ke-28
5) Ceria Popstar 2

Lagu Meletop
1)Mewangi - Akim & The Majistret
2) Jaga Dia Untukku - Datuk Siti Nurhaliza
3) Matahari - Hafiz Suip
4) Infiniti Cinta - Zizan & Kaka
5) Malaikat - Hazama

Penyanyi Meletop
1) Akim Ahmad
2) Datuk Siti Nurhaliza
3) Hafiz Suip
4) Shila Amzah
5) Hazama

Grup Duo Meletop
1) Akim & The Majistret
2) Zizan Razak & Kaka Azraff
3) Forteen
4) Mawi & Datuk AC Mizal
5) Sleeq ft Joe Flizzow

Penyampai Radio Meletop
1) Johan
2) Haniff
3) Feeya Iskandar
4) Ray
5) Raja Azura

Program Radio Meletop
1) JoHaRa Pagi Era
2) Pilih Hit Era
3) Petang Era
4) Morning Crew
5) Sinar Pagi

Filem Meletop
1) Abang Long Fadil
2) Mat Tudung
3) Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
4) Sejoli
5) Penanggal

Bintang Filem Meletop
1) Nelydia Senrose
2) Zizan Razak
3) Shaheizy Sam
4) Nora Danish
5) Bront Palarae

Fesyen Meletop
1) Nur Fazura
2) Zizan Razak
3) Datuk AC Mizal
4) Wak Doyok
5) Nabil Ahmad

Artis Baharu Meletop
1) Ayda Jebat
2) Firman
3) Aman
4) Atikah Suhaimie
5) Amyra Rosli

Bintang Online Meletop
1) Emma Maembong
2) Zizan Razak
3) Datuk Siti Nurhaliza
4) Aaron Aziz
5) Hanis Zalikha

Couple Meletop
1) Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
2) Rozita Che Wan & Zain Saidin
3) Aril AF & Puteri Emma Adlinda
4) Irma Hasmie & Redza Syah
5) Syamsul Yusof & Puteri Sarah

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Keputusan Penuh Mentor Legend Akhir

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Keputusan Penuh Mentor Legend Akhir | Siapa sangka dari kosong tidak pernah langsung menyertai mana2 petandingan menyanyi telah mengubah Azmil sebagai juaraMentor Legend 2014. Anak didik Dayang Nurfaizah ternyata mempunyai aura dan juga gaya persembahan ikhlas menjadi penarik buat penonton. Setuju dengan komen juri pada mlm akhir yg telah berlangsung malam tadi di Sri Pentas Dua Shah Alam.

Azmil berjaya memenangi wang tunai RM300,000.00 dan juga sebuah kereta Proton Iriz, sound system serta voucher Zalora dan juga tidak pulang tangan kosong buat Mentornya Dayang Nurfaizahjuga memenangi kereta dan sound system serta voucher Zalora. Manakala tempat kedua pula milik Aina protege Ella dan tempat ketiga milik Sarah anak didik Amy Search. Tahniah buat semua yg berjaya berada di peringkat akhir ini kerana anda adalah pemenang.

Keputusan Penuh Mentor Legend Akhir

Juara : Azmil 
Naib Juara : Aina
Tempat Ketiga : Sarah

Malam akhir Mentor Legend di serikan lagi dengan persembahan artis jemputan dari seberang Chakra Khan yg juga menjadi juri pada malam tersebut. Apa pun keputusan memang suka sgt persembahan semua peserta akhir tempat pertama mahupun tempat kedua dan ketiga. Adakah lepas ini akan ada lagi Mentor nantikan sahaja pengumumannya.

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

CPUV Dari Nuffnang : Samsung Galaxy A Launch

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Alhamdulillah . setelah lama tak berblogging, CPUV masih masyukk . Hari ini , dapat CPUV dari nuffnang lagi . CPUV Samsung Galaxy A Launch :)

Nak tahu camne nk dapat CPUV dengan cepat ? Sebelum tuu, korang kena tingkatkan PAGEVIEWS korang duluu . Boleh tekan SINI untuk tips tuu .

Harap2 CPUV ni dapat memberi income yang lebih bnyak . Tapi korang jangan lupa klik yee .. Komen kalau nak suruh shahril klik korang punyee . Okayyy . bye . Peace yoo ~ ^^

Thanks for read . Assalamualaikum !

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Kumpulan ZERO Semakin Berlagak

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Berita Sabah
Betulkah kumpulan Zero semakin berlagak ?
Kumpulan ZERO Semakin Berlagak | Hmm.. Ini yang panas untuk kita dengar kan ? Selepas tidak lama kejayaan mereka dinobatkan sebagai Johan MaharajaLawak Mega baru-baru ini timbullah pula cerita seperti ini.
Memetik laporan dari Utusan Online hari ini KLIK SINI diberitakan seorang pengurus acara mengadu di mana beliau gagal mencapai persetujuan dengan pihak mereka. Kalau dahulu senang sahaja nak berurusan dengan mereka tetapi sekarang sudah sebaliknya.
Dia bukan tak faham harga Zero semakin naik sejak mereka menang program tersebut tapi setidak-tidaknya biarlah ada komunikasi yang baik agar memudahkan kerja kedua-dua belah pihak.
Menurut laporan akhbar itu lagi, kumpulan Zero juga dikhabarkan menolak kontrak apabila ditawarkan menjadi artis Pengurusan Astro. Adidi.. Betul kaini ? Penulis bukan mau kondem / menjatuhkan kumpulan ini tetapi sekadar memberi ingatan takut-takut mereka lupa diri.
BLOG SHAHRIL : Apa yang penulis dengar melalui seorang rakan di daerah Kudat tempat kelahiran kumpulan Zero, khabarnya suatu masa dahulu sebelum mereka berjaya ada seorang ni yang memang tidak menyukai mereka. Namun apabila sudah menang dan terkenal tiba-tiba berubah kononnya dia adalah peminat nombor satu mereka. Menurut rakan itu lagi dia adalah orang politik dan menawarkan untuk menjadi pengurus mereka. Jika ini benar berlaku, kesian dorang si Zero, silap-silap balik ke Zero lah dorang ini macam kisah Tegar (penyanyi cilik indonesia yang popular dengan lagu aku yang dulu bukanlah yang sekarang) yang ditipu pengurus kini kembali mengemis di kampung halaman.

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

KERETA DIRAJA DAN VVIP

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Maybach Seri Paduka Baginda Yang D-Pertuan Agong

Mercedes Tengku Mahkota Pahang
Maybach YDP Sarawak
Maybach Sultan Kedah

Mercedes Raja Perlis
Mercedes YDP Melaka

Roll Royce Phantom Sultan Selangor

Kerabat Diraja Johor

Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

PEMBUNUHAN DI KENINGAU : Pelajar Praktikal Ditemui Mati di Tandas

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Berita sabah

Keningau, SABAH : 23/02/2015 Seorang gadis berusia 20-an ditemui mati dengan beberapa tikaman benda tajam di bahagian dada hari ini. Kematian gadis ini terus menjadi tanda tanya umum.

Gadis malang itu adalah seorang pelajar dan kini sedang menjalani latihan praktikal di Pejabat Daerah Keningau. Difahamkan pelajar tersebut tiba di pejabat pada jam 8.00 pagi sebelum ke tandas setengah jam kemudian. Pelajar tersebut ditemui oleh kakitangan pejabat berkenaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Nyeging Taong mengesahkan kejadian itu dan meminta sedikit masa  untuk pihak polis menjalankan siasatan kejadian berkenaan termasuk mencari punca kematian pelajar tersebut.

SUMBER - SATU SABAH

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Sindiket Penipuan Kemasukan Pelajar Ke IPTA

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

DAH MASUK SURAT KHABAR !

CONTOH SURAT PENIPUAN !

PERHATIAN ; SINDIKET PENIPUAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA
Untuk makluman , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah melantik mana-mana agensi dalam menguruskan pengambilan dan temuduga pelajar ke IPTA bagi sesi akademik 2015/2016.
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2015/2016 hendaklah dibuat di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.moe.gov.my/web/
yang dibuka pada 19 JANUARI sehingga 6 APRIL 2015.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777.
Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang.
atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.moe.gov.my/web/

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

CPUV Dari Nuffnang : Mi Sedaap Krispi Digital

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

CPUV Dari Nuffnang : Mi Sedaap Krispi Digital | Alhamdulillah . Minggu ni rezeki murahh . Dapat 2 PUV dari nuffnang . Baiknya nuffnang .. 

Arituu shahril ade update pasal CPUV Samsung Galaxy A Launch.

Nak tahu camne nk dapat CPUV dengan cepat ? Sebelum tuu, korang kena tingkatkan PAGEVIEWS korang duluu . Boleh tekan SINIuntuk tips tuu .

Kali ni ialah CPUV Mi Sedaap Krispi Digital. Harap2 CPUV ni dapat memberi income yang lebih bnyak . Tapi korang jangan lupa klik yee .. Komen kalau nak suruh shahril klik korang punyee .Kalau korang ade ternampak dekat blog shahril pasal iklan Mi Sedaap ni , jangan lupa klik yee ^^ hahahha . OKayyy . Peace yoo ^^