Quantcast
Channel: Muhammad Shahril
Viewing all 656 articles
Browse latest View live

Rancangan Menarik Sepanjang Syawal 2015 di TV3

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin :) Salam 5 Syawal. 
Kepada peminat-peminat setia TV3 jangan lupa untuk teruskan menonton drama, telemovie dan rancangan-rancangan yang menarik sepanjang Syawal ini.

MEH! RAYA MEH!
Jumaat, 17 Julai 2015
4.00-5.00 Petang
 Di hoskan oleh : Fara Fauzana & Sharnaaz Ahmad
Selebriti : Tomok, Asfan, Elizad, Izzue Islam, Aisya Hasnaa, Kaka Azraff





DAPUR PANAS VS 5 RENCAH 5 RASA

Jumaat, 17 Julai 2015
5.00-6.00 Petang

 Pertempuran hebat untuk mendapatkan gelaran chef terbaik di antara dua chef terkenal iaitu Chef Fikree dan Chef Sherson. Mereka perlu memasak hidangan yang paling sukar yang pernah mereka masak seumur hidup mereka. Menariknya, kejayaan mereka akan bergantung pada selebriti jemputan yang akan membantu mereka di dapurtanpa pengetahuan mereka. Ironinya, selebriti jemputan, Zahirah McWilson dan Noni Nadhirah yang lansung tidak tahu masak.





EDISI KHAS - NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN

Jumaat, 17 Julai 2015
11.00-12.00 Malam


 Saksikan pertempuran hebat selebriti seperti Izzue Islam, Iwere, Waris, Ebby Yus dan juga peserta Bintang Mencari Bintang (BMB) berentap menyanyikan lagu-lagu secara rap dan membuat lawak mengenai isu semasa mengikut loghat Negeri Sembilan dan Kelantan untuk memenangi pertandingan ini.





YE KE?! RAYA

Sabtu, 18 Julai 2015
4.00-5.00 Petang


Hos : Ogy Ahmad Daud & AG HotFM

Selebriti : Dato' Malek Noor, Kamal Adli, Nomad, Ajai, Zoey Rahman, Amaris & Wak Doyok





ANUGERAH JUARA LAGI (A.J.L)

Sabtu, 18 Julai 2015
5.00-6.00 Petang

 Pernahkan anda membayangkan anugerah muzik paling hebat di Malaysia. Anugerah Juara Lagu (AJL) dijadikan bahan parodi? Anugerah Juara Lagi akan membuat parodi dengan pilihan persembahan terhebat dalam sejarah oleh pelawak terkenal seperti Abam, Jihan Muse, Ain Sufia, Achey dan Ammar.

Antara persembahan yang akan dijadikan parodi ialah Jamal Abdillah (Senandung Semalam), Ramlah Ram (Kau Kunci Cintamu Di Dalam Hatiku), Siti Nurhalizah (Jerat Percintaan), Faizal Tahir (Sampai Syurga, Karma & Hanyut), Noraniza Idris (Dikir Puteri) & Sudirman (Merisik Khabar).

Hos : Ammar, Isey, Amyza Adnan & Fizie HotFM





MELODI RAYA

Ahad, 19 Julai 2015
12.30-1.30 Petang

 Melodi Raya kali ini ingin memberi penghargaan dan penganugerahan untuk artis-artis  yang dibuat secara online. Sebanyak 7 kategori dipertandingkan iaitu Artis Dinamik, Pasangan Pujaan, Artis Wanita Pilihan, Artis Lelaki Pilihan, Artis Sensasi, Personaliti Online & Anugerah Khas.

Berlainan dengan rancangan anugerah yang sedia ada, uniknya Melodi Raya akan menyerahkan anugerah yang dimenangi terus ke rumah pemenang.

Hos : Awal Ashaari





IN PERSON

Sabtu, 18 Julai 2015
12.00-12.30 Tengahari

Selebriti : Safiq Rahim, Shila Amzah, Fasha Sandha, Shaheizy Sam





GELAK BISTRO

Jumaat, 24 Julai 2015
9.00-10.00 Malam






MENTOR LEGEND RAYA

Ahad, 26 Julai 2015
9.00-10.00 Malam

 Berhibur dengan persembahan nyayian para protege dan juga mentor mereka daripada Mentor Legend sempena lebaran ini. Saksikan juga gelagat mereka menyakat pasukan lawan masing-masing untuk memenangi permainan yang disediakan peleh pihak produksi.

Protege : Azmil, Fahmi, Aina, Sarah, Tuah dan Nadeera

Mentor : Ella, Dayang Nurfaizah dan Ajai

Hos : Awal Ashaari 





MENJADI DIRIKU AZMIL

Ahad, 26 Julai 2015
6.00-7.00 Malam







KETUPAT LEMANG

Jumaat, 17 Julai 2015
10.00-12.00 tengahari

Sinopsis

Sebuah telemovie berkisahkan tentang kemaafan. Mengisahkan 3 generasi yang berlainan, 3 perspektif berbeza dan 3 kepercayaan berbeza. Sebuah teleraya tentang kemaafan, penerimaan dan penyesuaian diri.

Pelakon : Faradhiya, Johan As'ari,  Zaidi Omar, Dian P.Ramlee, Adik Eunous Madeonus, Adik Wafiy





PELITA PANJUT UNTUK MERTUA

Jumaat, 17 Julai 2015
2.00-4.00 Petang

 Sinopsis

Mengisahkan Azudin dan Aleeya yang sudah berkahwin namun kedua ibu mereka iaitu Puan Zaleha dan Puan Fatimah sering bermasam muka, seperti ada yang tidak kena dengan masing-masing. Azudin dan Aleeya mendapat idea untuk cuba bermasam muka. Ternyata, kejadian itu membuatkan Puan Zaleha dan Puan Fatimah curiga.

Mereka mula mezahirkan kebimbangan di atas sikap anak-anak mereka. Dan mereka sedaya upaya akan mencari jalan untuk memulihkan hubungan Leeya dan Azudin walau apa cara sekalipun

Pelakon : Dayana Roza, Fattah Amin, Liza Abdullah, Delimawati





JODOH KE UOLLS

Jumaat, 17 Julai 2015
9.00-11.00 Malam

Sinopsis

Memaparkan dua pasangan popular daripada drama bersiri Slo Aksia, apakah yang bakap terjadi apabila pasangan dari Kerana Terpaksa Aku Relakan, Tajul Razin dan Indah Halina bertemu Tengku Zaril dan Yuhanis dari Hati Perempuan?

Masihkah Indah Harlina ditakdirkan bersama Abang Zen ataupun hatinya bakal dimiliki oleh Tengku Zaril? Bagaimana pula dengan kemelut cinta antara Yuhanis, Tajul Razin dan Tengku Zaril?

Pelakon : Amar Baharin, Izreen Azminda, Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Nadzmi Adhwa




SEBELUM TAKBIR BERGEMA

Sabtu, 18 Julai 2015
9.00-11.00 Malam

 Sinopsis

Perebutan cinta seorang gadis, membuatkan Aidil berdendam kepada adiknya Akhbar. Kedua-duanya jatuh cinta kepada Asmira, gadis manis yang ibarat sekuntum bunga harum di kampung itu. Tanpa mengetahui hubungan Akhbar dengan Asmira, Aidil menyulam impian ingin membina istana bahagia. Asmira terperangkap dengan cinta Aidil dan penyakit Autisme yang dihidapai Aidil.

Pelakon : Shahz Jazle, Amar Asyraf, Siti Elizad, Wan Raja, Aripah Damanhuri, Roslan Salleh.





ABANG SADO KAU ADO?

Ahad, 19 Julai 2015
9.00-10.00 Malam

 Sinopsis

Mengenai seorang remaja kampung bernama Miskiah, yang merupakan seorang nelayan sungai. Miskiah sangat meminati artis popular yang berbadan tegap iaitu Sharnaaz Ahmad dan menggunakan media sosial untuk memasuki pertandinagn di mana hadiah utama berupa peluang berhari Raya bersama  Sharnaaz Ahmad. Biarpun Miskiah dikutuk oleh oleh kerana obsesinya itu, namun, gadis tersebut yakin dia akan memenangi pertandingan tersebut dan impiannya untuk bertemu Sharnaaz Ahmad akhirnya menjadi realiti.

Pelakon : Adiba Yunus, Sharnaaz Ahmad, Shiha Mentor, Idris Khan, Dottie, Amyza Adnan, Afzan, Izara Aishah





RUMAH KECIL UNTUK TUHAN

Isnin, 20 Julai 2015
9.30-11.30 Pagi

 Sinopsis

Kisah Umar, seorang anak kecil yang dahagakan kasih sayang seorang ibu dan ayah dek kerana asyik berbalah untuk mengisi ruang kecil di rumah mereka dengan koleksi barang masing-masing. Umar menggunkan ruang tersebut untuk menyendiri dan beribadah sementara ibu dan ayahnya, Razman dan Safia tidak endahkannya.

Pelakon : Nad Zainal, Fezrul Khan, Adik Izz Ilham, Jalil Hamid, Wan Maimunah






HOMESTAY RAYA

Selasa, 21 Julai 2015
9.30-11.30 Pagi

 Sinopsis

Mak Jemah (50-60an) yang berasa sunyi kerana ketiga-tiga anaknya tidak dapat pulang berhari raya telah menjadikan bilik-bilik di rumahnya itu sebagai homestay untuk anak-anak orang kampung yang pulang daripada bandar.

Malang tidak berbau apabila dua orang lelaki yang terlepas daripada rumah sakit jiwa yang menginap di homestay itu telah membuat kacau sehingga riuh sekampung. Kejadian tersebut menyebabkan anak Mak Jemah terpaksa pulang ke kampung.

 Pelakon : Ruminah Sidek, Fizz Fairuz, Izreen Azminda, Achong Sweetchild, Ku Faridah, Isey Titan, Adam Shah





GEROBOK RAYA

Sabtu, 25 Julai 2015
9.00-11.00 Malam

 Sinopsis

Mengisahkan Zah dan Muhsim yang kehilangan anak tunggalnya yang bernama Fatiyah ketika berusia 9 tahun. Bermula apabila Fatiyah keluar untuk ke kedai. Dia masih tidak muncul selama 10 tahun. Rami yang simpati dan ramai yang mengatakan Zah gila kerana setiap Hari Raya, Zah akan menjahir baju kurung berwarna merah atau biru untuk Fatiyah dan disimpan di dalam gerobok mereka. Suatu hari, heboh tentang berita penemuan tulang kanak-kanak di sebuah tangki air dan orang kampung mengesyaki ia adalah mayat Fatiyah.

Pelakon : Eja, Zamarul Hisyam, Shukri Yahaya, Adik Khairisya, Zarina Zainordin



 P/S : Jangan lupa saksikan semua rancangan ini sepanjang Syawal ini hanya di TV3

Rancangan Menarik Sepanjang Syawal 2015 Di TV9

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya

Kepada peminat-peminat setia TV9 jangan lupa untuk teruskan menonton drama, telemovie dan rancangan-rancangan yang menarik sepanjang Syawal ini.



KITA PUNYA RAYA

Khamis, 16 Julai 2015
10.00-11.30 Malam
 







KASI GEGAR RAYA

Jumaat, 17 Julai 2015
8.30-9.30 Malam








GALAKSI RAYA

Jumaat, 17 Julai 2015
9.30-10.30 Malam








LARI MISIS MR. X

Sabtu, 18 Julai 2015
8.30-9.30 Malam








BUSKESTRA

Sabtu, 18 Julai 2015
9.30-10.30 Malam








PROJEK M.E.J.A EDISI KHAS

Ahad, 19 Julai 2015
9.30-10.30 Malam








HIP TV RAYA

Ahad, 19 Julai 2015
8.30-9.30 Malam








DIVA RAYA

Rabu, 22 Julai 2015
11.00-12.00 Malam








PI SANA PI SINI P.RAMLEE

Sabtu, 25 Julai 2015
10.30-11.30 Malam








THE SOUND OF MUSLIM

Sabtu, 18 Julai 2015
7.00-8.00 Malam



 TANYALAH USTAZAH ( CINTANYA INSAN) RAYA

Jumaat, 17 Julai 2015
11.30-12.30 Tengahari






SIS RAYA

Jumaat, 17 Julai 2015
7.00-7.30 Malam
 





HIJAB STAILISTA RAYA

Jumaat, 17 Julai 2015
7.30-8.00 Malam








RAMADAN BERTEDUH SYAWAL

Jumaat, 17 Julai 2015
12.30-2.30 Petang



 Sinopsis

Sebuah kisah sedih tentang nasib seorang anak angkat yang kehilangan ibu bapa angkat yang diserahkan semula kepada keluarga kandungnya. Namun, ibu kandungnya sendiri tidak mahu menerimanya semula. Sara (berusia 6 tahun) tidak pernah mengenali keluarga kandungnya sejak dilahirkan di dunia. Namun, Sara diserahkan semula kepada keluarga kandung yang tinggal di perkampungan setelah ketiadaan kedua ibubapa angkatnya.

Sara tinggal bersama Nek Kiah apabila ibu kandung Sara menganggap Sara sudah tidak wujud  dalam kamus hidupnya. Sepanjang bulan Ramadhan, Sara menumpang teduh di rumah usang Nek Kiah sehingga syawal menjelma, namun kemunculan semula ibu bapa angkat Sara membuatkan Nek Kiah berasa kehilangan.

Pelakon : Beto Kusyairy Sari Yanti, Zahiril Adzim, Azri Iskandar, Azza Suaymi, Ku Faridah, Adik Puteri Luvvna, Harun Hashim, Mak Jah




JOYAH TAK BALIK MALAM RAYA

Sabtu, 18 Julai 2015
12.30-2.30 Petang


Sinopsis

Joyah "hilang" pada malam raya setelah merajuk kerana Syak, Daud dan Dottie tidak jalankan tugas untuk persiapan raya esok. Ke manakah Joyah mneghilang? Pelbagai spekulasi timbul. Akhirnya Daud, Syak dan Dottie merumuskan bahawa Joyah menuju ke hutan dan sesat di sana. Malangnya, mereka bertiga pula sesat dan berhari raya di hutan. Ke manakah Joyah menghilang tak balik malam raya? 

Pelakon : Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Bell Ngasri, Dottie, Faye Kusairi



P/S: Selamat menonton & Selamat Berhari Raya

Info Penting Tentang Matrikulasi

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Info Penting Tentang Matrikulasi | Maklumat Pendaftaran Matrikulasi | Contoh Resit Bayaran Yuran Matrikulasi | Tarikh Daftar Matrikulasi






Hari nie , Shahril nak share about matrikulasi .. so , kepada yang masih 'blur' , maybe ini dapat membantuu !

BACA : Alhamdulillah Shahril Dapat Kolej Matrikulasi Kelantan
BACA : Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

Matrikulasi?
Matrikulasi adalah pembelajaran selama setahun atau dua tahun bagi pelajar lepasan SPM sebelum mereka melangkah ke program Ijazah di universiti.



Adakah Matrikulasi sama dengan STPM dan juga Diploma?
-Matrikulasi mengambil masa setahun atau dua tahun. Ia dikenali sebagai Program Satu Tahun(PST) dan Program Dua Tahun(PDT).

-STPM mengambil masa 2 tahun di sekolah (PRA U).

-Diploma pula mengambil masa 2 atau 3 tahun di universiti.

-Ada sesetengah silibus pelajaran di Matrikulasi sama dengan STPM dan Diploma.

Adakah kita akan dapat sijil selepas tamat matrikulasi?
Tidak. Matrikulasi tidak menganugerahkan sijil sebagaimana STPM dan DIPLOMA. Yang diberi nanti adalah slip peperiksaan. Slip ini tidak laku untuk mencari pekerjaan. Ia khas untuk kelayakan ke universiti dalam bidang bidang yang kita pilih kelak. Sijil STPM dan DIPLOMA laku untuk mencari pekerjaan.

Apakah pelajaran di Matrikulasi?
Jurusan Sains
Program Matrikulasi Sesi 2015/2016 yang berwajah baru ini memberi peluang kepada para pelajar daripada latarbelakang Sains untuk memilih tiga modul yang ditawarkan untuk pengambilan yang akan datang.
Perubahan yang akan dilaksanakan adalah di mana tiada lagi program Sains Hayat dan Sains Fizikal tetapi diganti dengan program berbentuk modul iaitu Modul I, Modul II dan Modul III.
  
Mata pelajaran teras yang ditawarkan bagi setiap modul dalam Jurusan Sains adalah seperti berikut;

  • Modul I – Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik.
  • Modul II – Fizik, Kimia, Sains Komputer dan Matematik.
  • Modul III – Biologi, Kimia, Sains Komputer dan Matematik.



Jurusan Sains dalam program PST menawarkan ketiga-tiga modul di atas. Manakala bagi program PDT hanya ada Modul I dan II sahaja pada tahun pertama.



Jurusan Perakaunan
Jurusan Perakaunan dijalankan hanya dalam program satu tahun atau PST sahaja.

Mata pelajaran teras yang ditawarkan bagi Jurusan Perakaunan adalah Matematik, Perakaunan, Ekonomi dan Pengurusan.



Jurusan Teknikal
Jurusan Teknikal dikhaskan kepada pelajar dari sekolah menengah teknikal atau pelajar dari sekolah harian tetapi mempunyai latar belakang mata pelajaran teknologi kejuruteraan. Jurusan Teknikal juga hanya dalam program satu tahun atau PST sahaja.

Mata pelajaran teras yang ditawarkan bagi Jurusan Teknikal adalah Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Elektrik & Elektronik.


Mata Pelajaran Wajib
Mata Pelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar dari semua jurusan adalah Bahasa Inggeris, Kokurikulum, Kemahiran Dinamika dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.


Adakah kaedah pembelajaran di matrikulasi sama dengan pembelajaran di sekolah? Kuliah
Tidak. Ia berbeza. Matrikulasi mempunyai pembelajaran KULIAH dan kelas TUTORIAL. KULIAH adalah waktu pembelajaran topik yang baru. Kelas TUTORIAL adalah waktu mengukuhkan pemahaman pembelajaran di KULIAH tadi melalui buku latihan atau soalan dari pensyarah. Pada masa yang sama, setiap minggu ada kelas KOKURIKULUM. Yang pasti, masa di matrikulasi adalah PADAT. Anda perlu mengejar masa untuk mengulangkaji pelajaran.

Bagaimana markah setiap pelajaran dikira?
Markah dikira dalam bentuk Gred PNGK. Gred yang paling tinggi adalah 4 PNGK. PNGK dikira berdasarkan markah 0%-100% bagi setiap pelajaran (sama seperti sekolah). Cuma keputusan rasmi matrikulasi dalam bentuk PNGK.

Bagaimanakah pembelajaran di matrikulasi?
Bergantung kepada kelas kelas yang dibahagikan oleh pihak kolej. Secara amnya, kelas mula pukul 8 pagi dan tamat pada pukul 4 petang. Ada juga ruang masa rehat dan waktu belajar habis awal. Itu bergantung pada jadual anda. Lebih kurang 2 atau 3 'Assignment/homework' diberikan setiap hari.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan Gred PNGK yang baik?
Anda mesti rajin. hargai masa, tidak boleh bertangguh dan tahu teknik belajar yang betul. Matrikulasi tidak sama dengan sekolah. Nota sendiri perlu ada dan mestilah teratur. Buatlah peta minda untuk setiap bab bagi subjek subjek yang dipelajari. Buat 'study group' sekiranya tidak faham sesuatu topik. Waktu malam adalah waktu yang sesuai mengulangkaji dan menyiapkan 'assignment/homework'. Terpulang kepada anda waktu mana yang anda selesa.

Apakah Gred PNGK yang baik?
3 PNGK ke atas. Yang paling baik adalah 4 PNGK (4 Flat).

Matrikulasi menyebabkan pelajar 'gila'?
Tidak. Apa yang saya sebut tadi, jika belajar dengan teknik yang betul, anda tidak akan rasa susah. NOTA SENDIRI YANG TERATUR perlu ada. Melainkan anda seorang yang genius. Terdapat pelajar matrikulasi yang genius, tidak perlu nota atau latihan yang banyak, mereka mampu mendapatkan gred PNGK yang baik. Tetapi, mereka minoriti. Fikirlah anda di dalam keadaan yang mana.

Tips lain untuk belajar?
Belajarlah mengikut 'learning objective/outcome'. Buat NOTA PETA MINDA berasaskan 'learning objective'. Dalam peperiksaan semester, lebih kurang 90% soalan dari 'learning objective/outcome' masuk dalam peperiksaan. Lagi 10% soalan kadangkala terkeluar dari silibus. Selalunya Gred PNGK akan turun sekiranya keadaan itu berlaku. Kertas soalan dibuat oleh pihak universiti, bukan kolej matrikulasi.

Tiada kehidupan seronok di matrikulasi?
Waktu Riadah dan Kokurikulum
Sudah pasti ada. Bukan anda seorang yang mengalami masalah pelajaran di matrikulasi, orang lain juga turut bermasalah. Walaupun masa di matrikulasi agak padat, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan setiap hari untuk melepaskan stress. Tambah tambah lagi di hujung minggu. Jawatankuasa Pelajar dan kelab ko-k kerap menganjurkan pertandingan. Tapi, awas! Jangan sampai berlebihan sehingga selalu mengganggu waktu ulangkaji anda. Program dakwah dari masjid atau surau matrikulasi turut juga ada hampir setiap hari.

Apakah perbezaan Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT)?
Pelajar Program Dua Tahun sebenarnya khusus kepada pelajar SPM yang memperoleh keputusan yang agak kurang baik. Pada masa yang sama, pelajar rayuan matrikulasi juga terus ditempatkan di PDT. Walaupun begitu, itu bukan syarat utama untuk menjadi pelajar PDT. Pelajar PST juga boleh menjadi pelajar PDT dengan mengemukakan rayuan. Tetapi, tindakan perlulah dilakukan awal semester 1. Bilangan pelajar PDT sebenarnya sangat sedikit dalam kolej matrikulasi.

Bagaimana kehidupan pelajar PDT?
Mereka lebih relaks berbanding pelajar PST. Jadual mereka tidak padat untuk tahun pertama. Pada tahun pertama, mereka mempelajari lebih kurang 50 % silibus pelajaran pelajaran PST. Apabila mereka masuk tahun kedua, mereka akan belajar mengikut sistem pembelajaran pelajar PST. Ramai di kalangan mereka mendapat PNGK yang baik untuk peperiksaan semester. Pelajar Kos Akaun juga lebih relaks walaupun mereka PST.

Bagaimana dengan pensyarah?
Ada yang ramah, baik, tegas dan garang. Bergantung. Mostly , pensyarah2 sporting and amik berat terhadap pelajar2 mereka.

Bercinta di Matrikulasi?
Selalunya keputusan anda akan merosot nanti. Elakkan bercinta. Jodoh Allah dah tetapkan.

Peperiksaan Semester
Sekiranya saya gagal (PNGK<2.00) dalam peperiksaan semester, apa akan terjadi?
Anda tidak berkelayakan masuk ke universiti (Peraturan Matrikulasi). Sekiranya PNGK anda melebihi 2.00, anda boleh mengulang program matrikulasi. PNGK yang melebihi 2.00 masih layak untuk permohonan universiti, tetapi anda mudah dapat kos-kos 'lelong'.Amatlah rugi sekiranya berlaku begitu. Orang lain boleh cemerlang, mengapa pulak kita boleh gagal? InsyaAllah kita semua dapat keputusan yang baik2 . Amin.

Kesimpulannya?
Belajarlah bersungguh sungguh dan buat yang terbaik di matrikulasi. Anda perlu berkorban untuk 'Satu Tahun' sahaja bagi pelajar PST. Bagi pelajar PDT, tempoh masa adalah dua tahun. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Yang penting, 'study smart, not study hard'. Mengulangkaji dengan menyelak buku atau nota pensyarah tanpa NOTA SENDIRI sebenarnya tidak berkesan di matrikulasi (begitu juga di universiti). Ia menyebabkan anda lebih tertekan. 3 pembelajaran berkesan adalah penglihatan, pendengaran dan penulisan nota.


Kebanyakan info2 diatas, shahril amik dari blog senior2 dari Kolej Matrikulasi.


Info Penting Tentang Matrikulasi | Maklumat Pendaftaran Matrikulasi | Contoh Resit Bayaran Yuran Matrikulasi | Tarikh Daftar Matrikulasi

Semakan Keputusan UPU Sesi 2015/2016 Online

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Semakan Keputusan Kemasukan UPU Ke IPTA Sesi 2015/2016 Secara Online. Bagi calon lepasan SPM, Diploma, Matrikulasi, STPM dan setaraf yang telah mengemukakan permohonan ke IPTA sesi 2015/ 2016,semakan keputusan kemasukan UPU Ke IPTA sesi 2015/ 2016 boleh di semak pada minggu pertama Mei 2015. Untuk panduan, berikut adalah makluman tarikh-tarikh penting mengenai semakan keputusan UPUkemasukan, panggilan temuduga dan tarikh pendaftaran ke IPTA, Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti, CIAST dan ILKA sesi 2015/ 2016. Tarikh semakan keputusan UPU 2015 yang berjaya layak ke IPTA lepasan SPM dijangka diumumkan pada awal Mei 2015 iaitu pada 6 Mei 2015 (RABU) selepas jam 1200 tengahari manakala bagi lepasan STPM pada minggu kedua Ogos 2015.

Semakan Keputusan UPU Sesi 2015/ 2016 Online

result UPU Sesi 2015/ 2016 Online



Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2015/ 2016 Online
Semakan Keputusan Panggilan Temuduga
Calon lepasan SPM/ Setaraf - Minggu ketiga April 2015

Calon lepasan STPM/ Setaraf - Minggu ketiga Mei 2015

Calon lepasan SPM/Setaraf dan SKM bagi Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA - minggu ketiga April 2015



Semakan Keputusan UPU
Calon lepasan SPM/ Setaraf - Minggu pertama Mei 2015 - 7/8 Mei 2015 (RABU) selepas jam 12:00 tengahari

Pemohon juga boleh membuat semakan tawaran kemasukan IPTA menerusi pautan di bawah ini sekiranya link UPU di atas menghadapi kesulitan akibat penggunaan yang tinggi.



Pemohon yang berjaya hendaklah membuat pengesahan tawaran dan juga mencetak surat tawaran rasmi melalui Laman Web Rasmi IPTA berkaitan ataupun Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) sebelum atau pada 15 Mei 2015.

Berikut adalah senarai pautan URL surat tawaran mengikut IPTA :
* akan dikemaskini dari masa kesemasa




Semakan Keputusan Untuk Calon lepasan STPM/ Setaraf - Minggu kedua Ogos 2015

Rayuan Keputusan Ke IPTA/ Politeknik
Calon lepasan SPM/ Setaraf - 15 Mei hingga 25 Mei 2015. Klik e-Rayuan UPU 2015
Calon lepasan STPM/ Setaraf - Ogos 2015

Semakan Keputusan Rayuan UPU
Calon lepasan SPM/ Setaraf - Minggu Kedua Jun 2015
Calon lepasan STPM/ Setaraf - Minggu kedua Ogos 2015 

NamaInformasi
18 Jan 2015Iklan Permohonan Dalam Akhbar Tempatan
19 Jan 2015Pembelian No Pin & Permohonan Kemasukan 
Permohonan online UPU di upu.moe.gov.my
12 April 2015 (600 petang)Tarikh tutup permohonan UPU
19 Jan 2015 - 12 April 2015Permohonan Fasa 1 - Cara kemaskini Borang Permohonan UPU online di Kemaskini UPU
Minggu pertama Mei 2015Hebahan keputusan kemasukan SPM/setaraf ke IPTA menerusi pengambilan UPU bagi sesi akademik 2015/2016 pada 6 Mei 2015 RABU. Link semakan UPU 2015-2016
1 hingga 6 Mei 2015Pengemaskinian maklumat permohonan Fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan STPM/setaraf
Minggu ke 2 Mei 2015Hebahan keputusan Kemasukkan ke Politeknik Konvensional/ Metro/ Kolej Komuniti dan ILKA menerusi pengambilan UPU tahun 2015
2 Jun 2015Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM / setaraf melalui UPU bagi Sesi Akademik 2015/ 2016
3 hingga 9 Jun 2015Pengemaskinian permohonan Fasa 2 di buka bagi pemohon lepasan Matrikulasi / Asasi
Minggu ke 2 Jun 2015Hebahan keputusan Rayuan SPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU Sesi Akademik 2015/ 2016
15 Jun 2015Pendaftaran Pelajar Rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi akademik 2015/ 2016
23 Jun 2015Pendaftaran Pelajar Ke Kolej Komuniti menerusi pengambilan UPU bagi 2015
7 hingga 14 Julai 2015Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/ Metro dan ILKA kecuali CIAST menerusi pengambilan UPU 2015
Minggu ke 2 Ogos 2015Hebahan keputusan kemasukan STPM / Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi akademik 2015/ 2016
1 hingga 2 September 2015Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/ setaraf melalui UPU Bagi sesi Akademik 2015/ 2016
6 hingga 12 September 2015Hebahan keputusan rayuan kemasukan STPM/ setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/ 2016
17 September 2015Pendaftaran Pelajar Rayuan bagi kemasukan STPM/ setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/ 2016



* Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa

Untuk maklumat lanjut Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang. Anda juga boleh dapatkan informasi terkini di FB UPU BPKP JPT atau Laman Web Rasmi UPU. 

* Semakan keputusan tawaran Matrikulasi klik Matrikulasi
* Semakan tawaran Tingkatan 6 klik Form 6


REPOST FROM ROSSACALLA*

Happy Eidul Al-Adha 2015/1436H

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


sekian lama , blog ku sunyi, sekarang kembali menyusul . sorry la kawan2 , xde masa nk update blog ,.. busy yo . Study lagi*ni poyo .. hhhaha. busy dngan hal dunia , sampai alam maya pun ditinggalkan .. huhuhu . anyway , shahril nak mengucapkan selamat hari raya aidiladha 1436H ... Jangan makan bnyak sngat daging lembu, nnti darah pun naik ... dah naik susah nk turun na . so, cheq nk habaq mai, bawak2 besabar kalau makan daging yaa . hhahahah . bye ..



Karnival Kokurikulum Matrikulasi 2015 (KAKOM 2015)

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Alhamdulillah . beberapa minggu yang lalu, KAKOM2015 yang bertempat di KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR(KMS), dengan jayanya di anjurkan dan telah melabuhkan tirainya . Alhamdulillah Kolej Matrikulasi Kelantan(KMKt), iaitu kolej kami telah mendapat tempat ke 11 dari 16 buah kolej . rezeki sampai situ je ... hehehhe . Thniah diucapkan kepada Kolej Matrikulasi Labuan(KML) yang telah berjaya menjadi johan kesuluruhan didalam KAKOM tersebut . anyway , enjoylahh tngok gambar2 kitorang ... hehehhe . Shahril pon ade.. huhuhu. gambar selebihnya , blh check dekat instagram . hashtag #KAKOM2015


#KAKOM2015 





Siaran Langsung Anugerah Skrin 2015

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Live Streaming Anugerah Skrin 2015. Malam esok, 8 November akan berlangsungnya Anugerah Skrin 2015 (ASK) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan akan disiarkan secara langsung di TV3.

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2015
Awie dan Fara Fauzana telah dipilih untuk menjadi pengacara Majlis Anugerah Skrin 2015. Anugerah Skrin yang mula dianjurkan sejak tahun 1995 adalah satu acara tahunan yang memberi pengiktirafan kepada drama-drama dan filem-filem tempatan serta para pelakon dan personaliti televisyen.
Siaran Langsung Anugerah Skrin 2015
TV3 selaku penyiar rasmi akan menyiarkan secara live Anugerah Skrin 2015 pada 8 November bermula jam 9.00 malam. Live Streaming Anugerah Skrin 2015 turut akan disiarkan menerusi link live streaming di tonton.com.my. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi ASK 2015
Acara karpet merah Anugerah Skrin 2015 pula akan dikendalikan oleh Hani Hatim, Muadz dan Ain Edruce bermula seawal jam 7:45 malam.
Bertemakan Raikan Bintang atau Celebrating The Stars, Anugerah Skrin 2015 turut akan menampilkan persembahan-persembahan hebat dari para artis tempatan.
Keputusan Penuh dan Senarai Para Pemenang Anugerah Skrin 2015 akan kami kongsikan di Notainfo malam esok. Senarai pemenang akan dikemaskini sepanjang berlangsungnya majlis tersebut.

Jangan lupa saksikan Siaran Langsung Anugerah Skrin 2015 pada 9:00 malam esok (8 November) hanya di TV3 dan tonton.com.my

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2015

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2015. Dibawah ini dikongsikan Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2015 untuk setiap kategori drama dan filem yang dicalonkan.
Anugerah Skrin 2015 (ASK), majlis penganugerahan tahunan yang dianjurkan untuk memberi pengiktirafan kepada drama dan filem tempatan. Turut diberi penghargaan adalah para pelakan dan mereka yang disebalik tabir yang telah melakukan yang terbaik.
Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2015
Majlis Anugerah Skrin 2015 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mempertandingkan 31 kategori yang melibatkan drama, filem dan bahagian teknikal.
Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2015
Kategori Drama
Drama Terbaik –
Lakon TV Terbaik –
Pengarah Drama Terbaik –
Penyunting Drama Terbaik –
Videografi Drama Terbaik –
Pelakon Lelaki Terbaik –
Pelakon Wanita Terbaik –
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik –
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik –
Drama Rantaian Komedi Terbaik –
Drama Rantaian Terbaik –
Drama Rantaian Popular Media Sosial –
Kategori Filem
Filem Terbaik –
Lakon Layar Terbaik –
Pengarah Filem Terbaik –
Pelakon Lelaki Terbaik –
Pelakon Wanita Terbaik –
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik –
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik –
Penerbitan Dalaman
Rancangan Bual Bicara Terbaik –
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik –
Laporan Khas Berita Terbaik –
Rancangan Hiburan Terbaik –
Rancangan Anugerah Terbaik –
Rancangan Realiti Terbaik –
Teknikal
Videografi Terbaik –
Suntingan Terbaik –
Penataan Cahaya Siaran Langsung Terbaik –
Penataan Bunyi Siaran Langsung Terbaik –
Rekabentuk Set Terbaik –
Montaj Terbaik –

Jangan lupa saksikan Siaran Langsung Anugerah Skrin 2015 malam ini, 8 November jam 9:00 malam hanya di TV3.

Blog Berwajah Baru !

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum





hai semua . lama x jumpa kan ? lama x dngar shahril membebel kan ? hihihi . and now, setelah sekian lama menyepi, bukan menyepi ehh, tapi mendiamkan diri . trpksa tahan diri daripada bukak laptop. paham2 je la, budak MATRIK kan ... hahahha . kena struggle sikit . huhuhu




Dah seminggu cuti SEM 1, tapi hati baru trgerak nk bukak blog, tngok2 blog dh lapuk ditelan zaman . so, shahril menggagahkan diri untuk godek2 sikit coding blog . Alhamdulillah . membuahkan hasil . blog ni x siap lagi . baru 90% siap . malam ni ke , esok ke, siaplah godek2 blog. insyaAllah malam ni juga shahril join semua segmen2, giveaway2 yang shahril telah tertinggal . bye2 . nk makan jap .


toodles . assalamualaikum ! >_<

Polis Evo 2015 Full Movie

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


POLIS EVO FULL MOVIE DOWNLOAD
Polis EVO (2015)

Tiap2 hari aq dengar kawan2 aq dekat matrik suruh aq tonton MOVIE POLIS EVO ni, aq pun xtau ape lah hebatnya POLIS EVO ni .. anyway for me, kalau nk dibandingkan dengan filem stunt action omputih , mmg kelaut lah FILEM MALAYSIA ni. so, kalau dalam malaysia , aq rating 8.5/10 .. ok lahh kan .. sape2 nk download , boleh tekan button dekat bawah . nk tngok online pun blh ... TEKAN SINI pun blh .



SINOPSIS POLIS EVO

POLIS EVO FULL MOVIE DOWNLOAD

UPDATE !! UNTUK TONTON ONLINE SILA TEKAN BUTTON DOWNLOAD DI ATAS!!!


Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik (2015)

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik (2015)
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik (2015)

Muzik Muzik 30 telah sampai ke pusingan separuh akhir untk menentukan lagu mana yang layak ke Anugerah Juara Lagu. Berikut adalah senarai 30 lagu yang layak ke separuh akhir.


1. Kaka - Itu bukan hal aku

2. Ayda Jebat - Siapa diriku

3. Lah Ahmad - Kau tercipta

4. Stacy - Not for sale

5. Firman - Di pintumu

6. Black - Mana mungkin

7. Forteen - Linangan terakhir

8. Ronnie - Dikoyak waktu

9. Aziz Harun - Senyum

10. Amir Jahari - Selalu ada

11. Nanasheme - Hantu atau buaya

12. Faizal Tahir - Assalamualaikum 

13. Tasha Manshahar - Terima kasih

14. Noh Salleh - Angin kencang

15. Mawi - Alnuraa yang 5 yang 6

16. Hafiz dan Adira - untuk cinta

17. Yuna - Lautan

18. Dayang Nurfaizah - Takkan pernah menyerah

19. Aizat - Langit tetap biru

20. Akim & The Majistret - Potret

21. Alyah - Syurga

22. Azmil - Nyawaku

23. Bunkface - Malam ini kita punya

24. Caliph Buskers - Hanya namamu

25. Drama Band - Biarkanlah

26. Elizabeth Tan - Knock knock

27. Hazama - Sampai mati

28. Kanda - Cinta yang sempurna

29. Sakura Band - Melepaskanmu

30. Sofazr, Asfan, RJ - Peristiwa

Pemohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) sesi 2016/2017 - Lepasan SPM/STPM atau Setaraf

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Tarikh dan Pemohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) sesi 2016/2017
Tarikh dan Pemohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) sesi 2016/2017
Lepasan SPM/STPM atau Setaraf


18 Januari 2016 - Permohonan secara online dibuka (Jam 12:00 tengahari)

4 April 2016 - Tarikh tutup pembelian No Pin di BSN (jam 11:45 Malam)

5 April 2016 - Tarikh tutup permohonan (jam 4 Petang)



Permohonan UPU boleh dibuat secara online di link ini http://upu.mohe.gov.my/. Pemohon hendaklah membeli No Unik ID terlebih dahulu di BSN yang berharga RM15.64 sebelum membuat pemohonan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.

30 KEAJAIBAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum





KEAJAIBAN SELAWAT


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.



6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya. 

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat. 

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup. 

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. 

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya. 

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan. 

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang. 

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya. 

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan. 

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim. 

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani 

Sumber

Its My Birthday Month !

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum







  1. Berfikiran abstrak
  2. Sukakan benda yang realiti dan abstrak
  3. bijak dan genius
  4. berpersonaliti yang mudah berubah
  5. mudah menawan orang lain
  6. agak pendiam, pemalu dan rendah diri
  7. jujur dan setia pada segalanya
  8. keras hati untuk mencapai matlamat
  9. tidak suka dikongkong
  10. mudah memberontak jika dikongkong
  11. suka kegiatan lasak
  12. emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  13. mudah mempamerkan marahnya
  14. tidak suka kepada benda remeh temeh
  15. suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
  16. sangat berani dan suka memberontak
  17. bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
  18. pemerhatian yang tajam
  19. suka hiburan dan sukan
  20. suka benda yang bersifat seni
  21. sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
  22. berkecenderungan kepada benda yang tahyul
  23. amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  24. belajar untuk mempamerkan emosi

Baiklah.

Daripada kajian yang di buat oleh pakar motivasi Dr Fadzillah Kamsah di atas, boleh kita rumuskan secara ringkas bahawa mereka yang lahir dalam bulan Februari ini memiliki otak yang cerdas dan bijak. Sebabnya mereka mempunyai cita-cita yang tinggi dan berharap untuk merealisasikan impian dan harapan mereka. Itu personaliti yang bagus. Berkawan dengan orang yang lahir dalam bulan Februari mungkin menjadikan kita orang yang maju ke hadapan dan memiliki wawasan hidup.

Namun sesekali orang yang lahir pada bulan Februari kelihatan suka memberontak kerana tidak suka dikongkong. Emosinya mudah terluka dansangat sensitif. Tetapi merajuknya sekejap sahaja dan mudah melupakan kelukaan hatinya. Mungkin sebab itulah ia dipanggil personaliti yang mudah berubah-ubah. Sekejap marah tetapi sekejap sahaja sudah reda., (hmm...macam seseorang yang jauh...)

Akhir sekali yang tak sedapnya mengikut kajian di atas, orang yang lahir dalam bulan Februari cenderung kepada benda yang tahyul? Benarkah? Naa'uzubillah...benda dan kepercayaan karut ni salah satu yang melemahkan iman orang Islam. Jika ada sikap sebegini dalam diri anda, buangkanlah. Hapuskanlah. Percaya kepada Allah semata-mata adalah tiang iman yang utama. Jika tidak pincanglah rasa iman dalam diri seseorang Muslim.

Semoga kupasan di atas dibaca sebagai tambahan info dan tidak semestinya benar. Jika ada persamaan yang baik dengan diri anda, anggaplah ia sebagai penyuntik motivasi untuk jadi lebih baik.

#sebarkan bahagia. 


SENARAI PESERTA, SENARAI LAGU & KEPUTUSAN KONSERT MINGGUAN MENTOR MILENIA 2016

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum



Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Korang mesti pernah tengok rancangan realiti TV Mentor kan? haaa... Mentor kini kembali dengan musim baru dengan nama "Mentor Milenia". Semua sedia maklum format Mentor ni, seorang artis mencari protege untuk diasahkan bakatnya. Siapakah artis-artis tersebut? haaa.. tengok gambar pon dah tahu. Mereka adalah Hazama, Black, Akim & Azlan. Ujibakat telah dilakukan hujung tahun 2015 dan peserta mestilah berumur antara 17 hingga 21 tahun. Episode pertama dah pon bersiaran pada 3 Januari lepas, menyaksikan para Mentor mengujibakat para peserta, macam-macam gelagat hehe. Jom berkenalan dengan peserta Mentor Milenia. 




(sumber : pepatung.com.my)

Mentor : Hazama
Protege : 
  • FAREEZ - Muhammad Fareez Hazwan, 18 Tahun (Selangor)
  • MYA -  Nurul Amira Mat Nasir, 20 Tahun (Pahang)
  • EBAL -  Iqbal Jaafar, 20 Tahun (Negeri Sembilan)

(sumber : pepatung.com.my)

Mentor : Black
Protege : 
  • WANIE - Nurul Syazwanie Binti Mohd Basri , 21 tahun (Selangor)
  • QODY - Rossaidi Bin Abdul Rani, 21 tahun (Kedah)
  • HAQ - Ridzuan Haqiem Bin Rusli, 17 tahun (Selangor)

(sumber : pepatung.com.my)

Mentor : Akim
Protege : 
  • HAN - Muhammad Afeeq Farhan bin Zulkifli, 20 tahun (Kedah)
  • EBBA - Nur Saheeba binti Raja Iftikhar Ahmed Khan, 20 tahun (Kuala Lumpur)
  • MEEN - Yusmeerunafishah binti Yusoff, 20 tahun (Johor)

(sumber : pepatung.com.my)

Mentor : Azlan
Protege : 
  • NURI - Sharifah Nurilmuhayati Binti Syed Hussain, 17 tahun (Kuala Lumpur)
  • ZETTY - Nur Izzati Binti Mohd Rashid, 21 tahun (Pahang)
  • AIN - Siti Wan Ainnur Binti Mohd Redzuan, 17 tahun (Kuala Lumpur)


Pengacara
  • Issey Fazlisham
  • Marsha Milan Londoh


Waktu Siaran
  • Konsert - Setiap Ahad, 9 Malam (TV3)
  • Konsert (Ulangan) - Setiap Jumaat, 9.30 Pagi (TV3)
  • Jurnal Mentor Milenia - Setiap Ahad, 6.02 Petang (TV3)


Penaja
  • Milenia Whitening Champ


Jadual Konsert


Konsert Pengenalan 1 (Black & Azlan)
Tarikh Siaran : Ahad, 10 Januari 2016

- WANIE - Jagalah Diri (Jaclyn Victor)
- CODY - Cinta Melankolia (Ann)
- HAQ - Bukan Dia Tapi Aku (Judika)
- NURI - Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor)
- ZETTY - Romancinta (Mojo)
- AIN - Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)

    - Protege Pilihan Black :Wanie & Cody
    - Protege Pilihan Azlan : Nuri & Zetty
    - Protege Yang Tersingkir : Haq & Ain


    Konsert Pengenalan 2 (Akim & Hazama).
    Tarikh Siaran : Ahad, 17 Januari 2016  

    - FAREEZ - Aku Mahu (Once)
    - MYA -  Like I'm Gonna Lose You (Meghan Trainor feat. John Legend)
    - EBAL -  Terima Kasih Cinta (Afgan)

    - HAN - Darah Muda (Bunkface)
    - EBBA - Love Me Like You Do (Ellie Golding)
    - MEEN - Jawapan Kekasih (Amy Mastura)


    - Protege Pilihan Akim : Han & Ebba
    - Protege Pilihan Hazama : Fareez & Mya
    - Protege Yang Tersingkir : Ebal & Meen


    **Setiap Mentor harus memilih 2 dari 3 peserta untuk ke peringkat seterusnya.






    Senarai Peserta Mentor Milenia 2016 | Senarai Mentor Milenia 2016 | Senarai Protege Mentor Milenia 2016 |Waktu Siaran Mentor Milenia 2016 | Cara Mengundi Mentor Milenia 2016 | Cara Undi Online Mentor Milenia 2016 |  Biodata Peserta Mentor Milenia 2016 

    Gambar Majlis Perkahwinan RM25 Juta Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin

    $
    0
    0

    بسم الله الرحمن الرحيم

    Assalamualaikum

    Teka-teki mengenai perkahwinan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin akhirnya terjawab apabila mereka berdua bakal bernikah pada 8 Februari depan yang akan diadakan di Pulau Pinang.
    Seterusnya majlis resepsi sebelah keluarga Syatilla di Bukit Jawi Golf Club pada 9 Februari. Manakala majlis resepsi sebelah keluarga Sam di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Februari.
    Bagi peminat-peminat Sam anda berpeluang menghadiri majlis Sam pada 20 Februari ini. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan ini. Saya kongsikan bersama anda beberapa keping gambar bakal pengantin.
    Sementara itu, nilai tajaan untuk majlis perkahwinan pasangan ini nanti juga boleh disifatkan sebagai Wedding of the Year apabila ia mendapat tajaan berjumlah RM25 juta. Perkara itu diumumkan sendiri oleh penaja yang terbabit.
    “Kami sendiri agak terkejut dengan jumlah tajaan ini. Apapun terima kasih kepada pihak yang sudi menaja dan menjadi sebahagian daripada hari bahagia kami. Majlis ini bagai meraikan mereka yang dianggap seperti keluarga kami,” memetik laporan daripada BH Online.











    Jersi Rasmi PQPTRW 2016

    $
    0
    0

    بسم الله الرحمن الرحيم

    Assalamualaikum









    Pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) petang ini melancarkan lima jersi rasmi yang akan digunakan pada musim 2016.

    Jersi yang direka khas dengan ciri-ciri kesihatan - seperti dijelaskan Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman - itu digayakan di depan penyokong mereka dalam majlis di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu sebentar tadi.

    Rekaan jersi baru tersebut termasuk edisi penjaga gol yang dikenali sebagai Supra Player, Millenia dan Mantera.

    Terdahulu, Hasmiza yang juga penaja utama pasukan Kelantan untuk dua musim mulai tahun ini, turut menggayakan jersi PQPTRW berwarna merah jambu kepada peminat di laman Instagram beliau.

    Hasmiza dilaporkan berkata, benang direka khas untuk jersi itu dihasilkan di tiga negara iaitu China, Thailand dan Vietnam menggunakan teknologi terkini.

    Malah menurut beliau, jersi dengan jenama DVS itu mempunyai fungsi membakar lemak dan memutihkan kulit pemakainya.

    Bagaimanapun Kelantan tetap mengekalkan warna tradisi mereka iaitu merah-putih ditambah dengan warna pilihan Hasmiza iaitu kombinasi merah jambu dan putih yang akan dipakai untuk perlawanan di tempat sendiri.

    Selain itu, jersi berwarna merah jambu-hitam dan putih akan dipakai untuk menghadapi perlawanan di gelanggang lawan.

    Difahamkan harga jersi tersebut akan dijual pada harga RM168 sehelai (Supra Player), RM98 (Millenia) dan RM68 (Mantera) mengikut edisi dan kualiti berbeza serta dilengkapi teknologi anti bakteria dan pelindung UV.

    Menjelang musim 2016, Pasukan bimbingan jurulatih K Devan itu bakal beraksi dalam perlawanan pertama Liga Super menentang Perak di Stadium Ipoh, Sabtu ini.

    Alhamdulillah Shahril Fasilitator MPPB 2016/2017 KMKt

    $
    0
    0

    بسم الله الرحمن الرحيم


    Assalamualaikum


    Alhamdulillah Shahril Fasilitator MPPB 2016/2017 KMKt | MINGGU ORIENTASI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN (KMKt) | PROSES PENDAFTARAN KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN (KMKt) | KMKt


    Hari nie , Shahril nak share about matrikulasi .. so , kepada yang masih 'blur' , maybe ini dapat membantuu !


    KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN

    Huy guys . Its seems quite akward right ? The title was totally shocked me ! Cewahhh cakap english . English berterabur .. hihii. *Gelak Jahat . hahaha . Nak tahu tak, shahril terkejut jugak sebab dapat apply untuk jadi FASILITATOR MPPB 2016/2017 KMKt ni. Its quite shock la , sebab shahril mohon untuk jadi fasi , saje2 je ... hahahha . anyway, kalau dapat alhamdulillah . Its mean, shahril memang dh ditakdirkan . kan ? hahaha. #KMKt


    Anyway, shahril dh terfikir lama dah nak jadi fasi untuk 3rd batch KMKt ni .. Alhamdulillah , dream comes true . Cewahhh . Just like, past year, fasi semua baik2 . nak citer sikit ni, diorang bawak kitorang ikut jalan jauh masa nk gii surau al-fateh .

    The only surau we have . actually , its not surau, its hall . Kolej Matrikulasi Kelantan ni , lack of facillities lagi although MATRIK baru . Kitorang takde surau, padang, and others more that i dont look it yet . hahhaa.

    so, kitorang jadikan dewan tu sebagai surau . DEWAN tu besar tau, bukan semua tempat kitorang jadikan surau . hanya gunakan bucu dewan sebagai surau .. hehehe .

    Dekat KMKt ni, lecturer semua baik2, ni pon aq dngar dari budak2 matrik lain. diorang cakap lecturer kat sini best2 . Memang best pun . Lecturer semua sporting . huhuhu.

    Pembelajaran dekat sini, awesome la . Dewan kuliah baru . Bilik tutor baru . Makmal baru . hehehe . But dekat dewan kuliah, kalau xde air-cond memang hampehh ! semua orang mengibas .. hihiihi . Panas sikit je ... huhu .

    Dekat KMKt xde jurusan teknikal . Dekat sini ade akaun and sains je .

    AKAUN xde modul . Memang kalau mintak akaun, tu je yang kau belajar . xde pilihan.

    Kalau kau dapat sains, kau ade 3 pilihan.

    MODUL I : MATEMATIK, KIMIA, BIOLOGI, FIZIK.
    MODUL II : MATEMATIK, KIMIA, SAINS KOMPUTER, FIZIK.
    MODUL III : MATEMATIK, KIMIA, SAINS KOMPUTER, BIOLOGI.

    PIlihan aq mase dekat matrik adalah MODUL I . orang cakap modul ni untuk yg xde cita2 lg . nk jadi ape pon blh . kalau kau amik modul II, dia lebih kepada engineering . kalau MODUL III , lebih kepada kedoktoran(yang ni kurang pasti).

    Dekat matrik, MODUL I adalah paling tough, sebab kena blajar critical subject . MATEMATIK dan KIMIA semua kena amik . Yang berbezanya biologi, fizik dan sains komputer.

    Kalau kau masuk KMKt, semua modul dah ditetapkan nnti, kalau kau nk tukar modul, kena amik surat dekat HEP nnti, dan mohon untuk pertukaran modul . Thats it .

    Tempat makan ? Hmmmmm . Dekat KMKt ade dua cafe . Cafe AB n Cafe CD . Dekat cafe AB tu ade satu tender je . so, mmg berebut la, masa nk makan . mungkin masa korang masuk nnti, ade dua tender kot.. hahahha.

    Ape lagii ehh , yang aq x citerr pasal KMKt ni ? hmmmm. jenuh menaip .. Masa korang daftar nnti, datang awal tau, kemungkinan korang akan dapat aras bawah and dapat katil depan2 sikit . Anyway, 1 bilik, 4 orang . Kalau dapat roommate sporting lagi best . Dekat KMKt, 1 MALAYSIA tauu . semua bangsa ade . tapi paling minoriti dekat sini,  bangsa siam ..





    Nah aku belanja sikit gambar dekat KMKt, hahaha .


    Nanti aku update lagi pasal KMKt. Kalau jumpa aku kat KMKt nanti, tegur2 lah wehhh . Ade ape2 persoalan blh tanya aku dekat fb, twitter, instagram or whatsapp. Yang whatsapp tu, nnti aq masukkan kau dalam group 3rd batch KMKt. senang sikit aq nk roger ape2 . nak number ? mintak dalam laman sosial aku . hehehe . Privacy concern !

    Whatsapp : (PM aq dalam facebook)


    Semakan Keputusan UPU Sesi 2016/2017 Online

    $
    0
    0

    بسم الله الرحمن الرحيم

    Assalamualaikum

    Semakan Keputusan UPU Sesi 2016/2017 Online


    Semakan Keputusan UPU Ke IPTA/ UA Sesi 2016/ 2017 OnlineUntuk panduan, berikut adalah makluman tarikh-tarikh penting mengenai semakan keputusan UPU, semakan panggilan temuduga dan tarikh pendaftaran ke IPTA, Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti, CIAST dan ILKA untuk sesi kemasukan 2016/ 2017. Bagi calon lepasan SPM, Diploma, Matrikulasi, STPM dan setaraf yang telah mengemukakan permohonan UPU 2016 online, semakan keputusan UPU Ke IPTA dan Politeknik sesi 2016/ 2017 boleh di semak pada bulan Mei 2016 untuk lepasan SPM/ setaraf dan pada bulan Ogos 2016 untuk lepasan STPM/ setaraf 


    Semakan Keputusan UPU Sesi 2016/ 2017 Online

    Semakan Keputusan UPU 2016 Online
    Tarikh semakan keputusan UPU 2016 yang berjaya layak ke IPTA lepasan SPM dan setaraf dijangka diumumkan pada minggu kedua Mei 2016 (akan dikemaskini) manakala bagi lepasan STPM dijangka pada minggu kedua Ogos 2016 

    A. Semakan Keputusan Panggilan Temuduga

    1) Calon lepasan SPM/ Setaraf 

    Semakan untuk program pengajian yang bertemuduga sahaja dimana semasa permohonan terdapat tanda atau simbol (#) di bahagian akhir nama program

    • Tarikh semakan :        Minggu kedua April 2016
    Link semakan UA/ IPTA (Akan dikemaskini):- 

    • Universiti Pendidikan Sultan Idris : Semakan panggilan temuduga Diploma UPSI (Diploma Bahasa Inggeris, Diploma Muzik, Diploma Tari dan Diploma Teater) bermula 14 April 2016 (Khamis) selepas jam 12.00 tengah hari di url http://www.upsi.edu.my/online/ atau UPSI
    • UiTM : Semakan Panggilan temuduga Program Diploma/ Asasi TESL bermula pada 15 April 2016 (Jumaat) jam 3.00 petang - klik UiTM atau Portal Kemasukan Pelajar
    • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia - UPNM
    • Universiti Utara Malaysia - UUM
    • Asasi Pintar UKM : Semakan pada 14 April 2016 jam 1200 tengahari - Klik UKM
    • Politeknik Malaysia : Semakan pada 15 April 2016 untuk Program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat & Diploma Kejuruteraan Perkapalan sahaja - Klik Bahagian Pengambilan Pelajar

      Calon lepasan SPM/Setaraf dan SKM bagi Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA - Minggu Kedua April 2016 & 15April 2016 (Politeknik)

      2) Calon lepasan STPM dan setaraf

      Tarikh semakan : Minggu Ketiga Mei 2016
      • Semakan panggilan Temuduga (Bukan Pendidikan) dan Ujian Medsi  : (Untuk calon lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM/Setaraf dan STAM) : Minggu ketiga Mei 2016
      • Sistem e-temuduga di buka : Minggu keempat Jun 2016 
      •  Semakan Panggilan Temu Duga Pendidikan : 16 Mei hingga 19 Mei 2016Sumber

      B. Semakan Keputusan UPU Ke IPTA & Politeknik Premier Online

      Semakan keputusan UPU 2016 online boleh disemak mengikut ketetapan berikut :-

      Calon lepasan SPM/ Setaraf 

      1. UA/ IPTA - Minggu kedua Mei 2016 
      2. Politeknik Premier : 15 Mei 2016 selepas 2.00 petang. 
      3. Politeknik Konvensional : 26 Mei 2016 selepas 2.00 petang

      Calon lepasan STPM/ Setaraf  

      1. Minggu Kedua Ogos 2016

          Semakan online

          Semakan secara SMS 








          • Taip UPU<jarak> RESULT<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
          Pemohon juga boleh membuat semakan tawaran kemasukan IPTA menerusi pautan di bawah ini sekiranya link UPU di atas menghadapi kesulitan akibat penggunaan yang tinggi.

          Pemohon yang berjaya hendaklah membuat pengesahan tawaran dan juga mencetak surat tawaran rasmi melalui Laman Web Rasmi IPTA berkaitan ataupun Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) sebelum atau pada tarikh yang akan dikemaskini kelak..

          Link Semakan Surat Tawaran

          Berikut adalah senarai pautan URL surat tawaran mengikut UA/ IPTA untuk sesi 2015/ 2016:
           Pautan URL semakan surat tawarasesi 2016/ 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas keputusan rasmi diumumkan.

          C. Semakan Keputusan UPU Ke Politeknik Konvensional/ Metro/ Kolej Komuniti dan ILKA

          • Tarikh semakan pada 26 Mei 2016 selepas jam 2.00 petang. Klik Politeknikuntuk membuat semakan
          • Akan dikemaskini - Hebahan Keputusan Penempatan dan Cetakan Surat Tawaran Ke Kolej Komuniti di http://www.jpkk.edu.my/jpkk/

          D. Permohonan e-Rayuan Keputusan Ke IPTA/ Politeknik

          Mereka yang gagal mendapat tawaran ke UA/ IPTA, anda boleh membuat rayuan.
          1. Calon lepasan SPM/ Setaraf - Minggu akhir Mei 2016 (selama 5 hari sahaja).
          2. Calon lepasan STPM/ Setaraf - Minggu kedua Ogos 2016 (Rayuan selama 5 hari)

          E. Semakan Keputusan Rayuan UPU

          Semakan keputusan rayuan UPU boleh disemak seperti berikut :-
          1. Calon lepasan SPM/ Setaraf - Minggu kedua Jun 2016 selepas 12.00 tengahari. Klik http://upu.mohe.gov.my/web/
          2. Calon lepasan STPM/ Setaraf - Minggu keempat Ogos 2016 

          F. Tarikh Penting Permohonan UPU 2016 

          Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting Permohonan UPU 2016 online yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi UPU.
          lepasan spm
          lepasan stpm

          * Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa

          Untuk maklumat lanjut Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang. Anda juga boleh dapatkan informasi terkini di FB UPU BPKP JPT atau Laman Web Rasmi UPU
          • * Semakan keputusan tawaran Matrikulasi klik Matrikulasi
          • * Semakan tawaran Tingkatan 6 klik Form 5

          Semoga berjaya

          Kepala Putus Digigit Unta

          $
          0
          0

          بسم الله الرحمن الرحيم

          Assalamualaikum

          GAMBAR HIASAN
          New Delhi: Seorang lelaki mati ‘dipenggal’ untanya yang menggigit tengkuknya hingga putus selepas haiwan itu ditambat di kawasan panas terik sepanjang hari.
          Lelaki itu leka melayan tetamu di rumahnya di Barmer, Rajasthan, Sabtu lalu sebelum tiba-tiba teringat unta itu ditambat di tengah halaman yang panas terik sepanjang hari itu.

          Apabila cuba membuka ikatan pada kaki haiwan itu, unta berkenaan menjadi agresif dan menyerangnya.
          Jirannya berkata, unta itu menggigit tengkuk tuannya menyebabkan kepala lelaki itu putus.
          “Unta itu menggigit tengkuk dan mengangkatnya sebelum mencampakkannya ke tanah dan mengunyah badannya sehingga kepalanya terputus,” katanya.
          Penduduk kampung berkata, 25 orang berusaha keras selama enam jam untuk mengawalnya.
          Haiwan itu juga dilaporkan pernah menyerang pemiliknya sebelum ini.
          Rajasthan mengalami peningkatan suhu dahsyat di India sehingga 51 celsius dengan 17,000 perkampungan mengalami kekurangan air dan 16 dilaporkan maut.
          Pada masa sama, askar yang mengawal sempadan dengan Pakistan juga berdepan masalah unta yang menjadi agresif akibat cuaca panas melampau.
          Unta biasanya tidak ganas, malah suka bermanja dengan manusia.
          Bagaimanapun, unta jantan mampu menjadi agresif terutama ketika bergaduh sesama mereka. - Agensi
          -HARIAN METRO-


          Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2016 @ 7:59 AM
          Viewing all 656 articles
          Browse latest View live